DDH 2: Pujian

96 10 2
                                    

Dewan Besar

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Hogwarts yang menunjukkan prestasi yang bagus sepanjang tahun ini,"kata McGonagall dengan wajah yang ceria.

Semua pelajar bertepuk tangan.

"Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kehilangan salah seorang pelajar di sekolah kita tetapi pelajar tersebut berjaya diselamatkan oleh tiga orang pelajar yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan pelajar ini. Berikan tepukan yang gemuruh kepada Violette Marmalade, Edison Huang dan Jasper Min,"kata McGonagall.

Semua pelajar bertepuk tangan sekali lagi.

"Wah, cayalah Tao!"kata Sehun.

"Aku tak terlibat semua ni..."kata Tao yang serba salah lalu memandang Lily yang sibuk mengejeknya.

Lily menjelirkan lidahnya ke arah Tao.

"Sempena cuti musim panas ini, saya berharap agar kamu semua dapat menyiapkan tugasan yang diberi dan jaga diri baik-baik,"kata McGonagall.

~~~

Luar Dewan Besar

Lily tercegat menunggu Tao yang masih rancak berbual bersama Chanyeol dan Mesut. Mereka bertiga berjalan menuju ke arah Lily yang sudah bosan menunggu mereka.

"Lily, terima kasih,"kata Mesut sambil bersalam dengannya.

"K-kenapa?"

Mesut tergelak kecil. "Kau kan dah selamatkan adik aku."

"A-aku nekad je masa tu...tapi yalah. Kasih diterima,"Lily menunduk lalu memandang Tao dan Chanyeol yang sibuk berbual sambil tertawa besar.

"Apa lagi yang kau orang borakkan ni?"tanya Lily.

"Kau nak tau tak satu cerita yang lucu tak?"kata Tao kepada Lily.

"Apalah?"tanya Lily dengan lagak gangsternya.

"Richard terkencing masa jawab soalan posyen dulu,"kata Tao lalu ketawa terbahak-bahak.

Lily pun ketawa dengan kuatnya.

"Lepas tu, Richard menjerit macam dinosaur di hadapan guru mengawas masa menjawab soalan mantera,"kata Tao yang masih menahan ketawanya.

Lily pun ketawa sehingga menitiskan air matanya.

"Kau orang perli aku weh!"marah Chanyeol.

"Taklah, tapi perangai kau buat kami ketawa. Kau tau tak?"kata Tao.

Chanyeol terdiam. Lama-kelamaan dia mula ketawa dengan kuat sekali sehingga membuatkan Lily dan Tao terdiam untuk seketika. Mereka pun mula ketawa dengan gelak tawa Chanyeol. Suara ketawa mereka memenuhi perkarangan luar Dewan Besar itu.

Mesut pula hanya mengurut pelipisnya.

"Pening aku dengan tiga ketul nugget ayam KFC ni,"gumam Mesut sambil menggelengkan kepalanya.

                            Tamat

10 November 2018
6:04 petang
Tamat re-edit: 8 Julai 2020(1:04 petang)

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now