DDH 4: Mimpi Ngeri

77 7 2
                                    

Di sebuah tanah perkuburan, seorang lelaki berselubung hitam datang lalu menghadap sebuah kubur. Lelaki itu terus membuka selubungnya lalu menampakkan wajah tampannya yang pucat lesi, berpipi cekung dan bermata biru. Lelaki itu merapikan rambut pendek hitamnya yang kusut masai kerana baru sahaja bangun dari tidur.

Di dalam hatinya, sudah tersimpan dendam terhadap Violette Marmalade yang gagal dibunuh olehnya pada 13 tahun yang lalu.

"Ayah, aku akan buat yang terbaik untuk banggakan ayah,"kata Tom Jr, lelaki yang berselubung itu.

Tom Jr terus meninggalkan kawasan perkuburan itu dan terus ke sebuah pondok. Kelihatan Rodmunson Glitch, ayah kepada Hayley Glitch memakai topeng Death Eater.

"Tuan,"kata Rodmunson.

Tom terus memandangnya.

"Kita perlu bebaskan ramai Death Eater dari Azkaban,"kata Tom.

"Baik tuan, saya akan lakukan yang terbaik demi tuan,"kata Rodmunson.

"Kau pasti?"tanya Tom.

"Ya tuan,"kata Rodmunson.

"Adakah kau setia dengan aku?"tanya Tom lagi.

"Ya tuan,"kata Rodmunson.

Seorang budak lelaki berpakaian compang-camping datang lalu memerhatikan perbualan di antara mereka.

"Tuan, ada seseorang yang sedang mendengar perbualan kita,"kata Rodmunson.

"Muggle!"Tom terus mengacungkan tongkat sihirnya ke arah budak lelaki itu.

"Avada Kedavra!"

~~~

Lily terus bangun dari tidurnya. Peluh membasahi tubuhnya. Lily menarik nafas dalam-dalam. Kini, dia tinggal di rumah keluarga Weasley semenjak dia meminta izin dari Puan Rosemary untuk meninggalkan rumah keluarga saudaranya itu untuk sementara. Mahu mencari pengalaman baharu katanya.

Rose terus masuk ke dalam biliknya.

"Lily, kau bermimpi buruk lagi,"kata Rose.

"Maafkan aku Rose,"kata Lily. "A-aku masih tak dapat lupakan abang aku. Aku takut kalau abang aku dalam bahaya."

"Tak apa. Kami faham,"kata Rose. "Jom sarapan!"

Lily terus bangun dari katilnya lalu pergi ke bilik air untuk mencuci mukanya. Kemudian, Lily pergi ke dapur untuk menikmati sarapan pagi.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now