Hari yang dinantikan telah pun tiba. Tugasan yang terakhir akan menentukan siapakah pemenang keseluruhan bagi kejohanan berprestij tersebut.
Suasana di tempat pertandingan semakin meriah apabila penonton mula memenuhi kawasan tersebut. Setiap rumah membuat sorakan masing-masing.
Lily bersama rakan-rakannya yang lain mengambil tempat duduk mereka di hadapan. Tao dan Sehun juga mengikuti mereka.
"Aku harap Chanyeol menang Triwizard kali ni,"kata Sehun kepada Tao.
Tao hanya tersenyum. "Aku pun sama."
Tetapi dalam hati Tao penuh dengan syak wasangkanya terhadap Lily. Firasatnya mula tidak baik terhadap Lily apabila setiap kali dia ternampak gadis itu bersama Chanyeol.
Pancaragam dimainkan dengan begitu rancak sekali. Semua peserta Triwizard mula bersedia di tempat mereka masing-masing untuk memulakan cabaran mereka menuju ke pagar sesat bagi mendapatkan Piala Triwizard.
"Chanyeol!"jerit Jong Dae sambil mengangkat sepanduk yang bertulis:
'Chanyeol Pahlawan Gryffindor'
Chanyeol hampir ketawa apabila memandang sepanduk yang diangkat oleh Jong Dae itu. Kemudian, dia memandang sepanduk yang dipegang oleh Marco pula.
Sepanduk itu bertulis:
'Makhluk Yoda yang comel ini akan menjuarai Triwizard! Mari Kita Sokong Richard!'
Chanyeol membuat pandangan pelik dengan sepanduk yang dibuat sendiri oleh Marco. Tambahan pula, gambar Chanyeol semasa dia menjadi pelajar tahun pertama dijadikan sebagai pelekat pada sepanduk Marco itu.
"Sah Marco sudah gila,"gumam Chanyeol.
Lalu, pintu pagar sesat tersebut dibuka. Semua peserta perlahan-lahan masuk ke dalam laluan mereka masing-masing.
Bunyi pancaragam masih kuat kedengaran. Chanyeol menoleh ke arah rakan-rakannya sambil tersenyum nipis. Lalu dia memandang Lily yang duduk bersebelahan dengan Tao manakala Sehun duduk di sebelah kanan Tao.
Kelihatan Tao memegang bahu Lily sambil membelai rambut panjang berwarna perang tuanya yang lembut itu.
Chanyeol terpaksa menyimpan amarahnya kerana dia perlu menumpukan perhatian terhadap Triwizard. Dia memandang Sehun sambil melambai ke arahnya.
Sehun yang terdiam hanya mampu membalas kembali lambaian Chanyeol itu. Dia memandang Tao yang sibuk berbual dengan Lily lalu memandang Chanyeol kembali.
Chanyeol membuat isyarat untuk membiarkan mereka berdua melayan perasaan mereka itu. Dalam hatinya, dia terpaksa menerima kenyataan yang pahit itu.
Namun, perasaan cemburunya itu tidak boleh dibiarkan.
Dia terus berjalan melalui laluan itu sehinggalah laluan itu dirasakan sangat jauh baginya.
Tiba-tiba, pintu pagar sesat tersebut tertutup. Suasana terus menjadi sunyi. Chanyeol segera memikirkan rancangannya untuk mencari laluan supaya dia dapat melepasi pagar sesat itu dan mendapatkan piala tersebut.
Chanyeol teringat kembali kata-kata daripada Harry semasa mereka berjumpa di Dewan Besar pada beberapa minggu yang lalu.
Imbas Kembali
"Richard, satu sahaja perkara yang saya mahu ingatkan kamu tentang tugasan terakhir tersebut,"kata Harry.
Chanyeol hanya diam dan mendengar setiap bait perkataan yang akan dilontarkan oleh Harry.
"Kamu perlukan kekuatan, ketabahan dan tumpuan yang tinggi semasa kamu berada di pagar sesat itu nanti,"kata Harry. "Pagar tersebut mempunyai kuasa jampi yang tinggi yang dapat menukarkan minda peserta sehingga membuatkan mereka menjadi gila di situ."
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfic[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...