DDH 4: Joni

74 5 0
                                    

Tao bertukar kembali menjadi manusia manakala Chanyeol mendarat di atas tanah. Kakinya sakit sedikit kerana melompat terlalu tinggi.

"Kau tak apa-apa?"Tao mula risau.

"Tak. Luka sikit je,"kata Chanyeol.

Chanyeol terus berdiri dan memasang panah pada crossbow itu. Dia bersedia untuk membunuh sasarannya manakala Tao pula bersedia untuk memanah. Mereka berdiri membelakang di antara satu sama lain.

Bunyi serigala terus membuatkan bulu roma mereka meremang.

"Chanyeol?"kata Tao.

"Apa?"tanya Chanyeol.

"A-aku takut,"kata Tao dengan suara yang terketar-ketar.

"Kenapa?"tanya Chanyeol.

"Serigala tu...mungkin ada dekat dengan kau sekarang,"kata Tao.

"Ah, tak mungkinlah! Mana ada serigala yang nak datang dekat dengan aku,"kata Chanyeol dengan penuh keyakinan.

"T-t-tapi binatang tu ada di belakang kau sekarang,"Tao menuding jarinya ke arah semak samun.

"Kau biar betul?"tanya Chanyeol.

Tao mengangguk laju. "Betul lah hyung! Cuba pusing."

Chanyeol dengan gementar perlahan-lahan memusingkan badannya ke belakang. Peluh dingin membasahi pipinya apabila terlihat seekor serigala yang besar dan berwarna hitam.

"Ini baru betul. Ini betul sangat! Tao!"Chanyeol hendak melarikan diri tetapi dihalang oleh Tao.

"Jangan bertindak begitu, hyung,"kata Tao.

"Hei, selama 17 tahun aku hidup baru kali pertama aku dengar kau panggil aku hyung!"kata Chanyeol.

"Sudahlah jangan nak merepek lagi. Yang penting kita kena lawan benda ni. Kita dah tak ada pilihan!"kata Tao.

"Okay. Baiklah,"Chanyeol terpaksa mengalah.

Serigala itu mula menerkam mereka lalu mereka berdua pun berlari ketakutan dan bersembunyi di celah belukar.

"Kau kata nak lawan!"kata Chanyeol.

"Aku takut!"kata Tao.

"Macam mana nak jadi anak kepada auror Zi Han kalau takut?"kata Chanyeol.

"Kau pun apa kurangnya. Macam mana nak jadi berani dan gagah perkasa kalau anak kepada auror Christhoper dan Michelle Park ni penakut dan mudah kecut?"kata Tao.

"Jangan sebut tentang ibu bapa aku lagi!"bentak Chanyeol.

"Kenapa pula? Salahkah aku sebut ayat tu?"kata Tao.

"Kau tak tahu macam mana ibu bapa aku mati! Kau tu bolehlah dapat sabar lagi sebab mak kau mati lepas lahirkan kau. Aku pula? Hmph! Diseksa teruk!"kata Chanyeol.

"Siapa juga orang yang berani sangat nak seksa orang tua kau?"tanya Tao.

"Siapa lagi kalau bukan Death Eater!"kata Chanyeol.

"Death Eater?"kata Tao.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi seorang pemuda sedang bersiul. Chanyeol melihat pemuda itu lalu segera menundukkan kepala Tao dan lekas mengambil tempat berselindung.

"Kenapa ni?"bisik Tao.

"Kau nampak tak siapa orang tu?"bisik Chanyeol.

"Macam mana aku nak nampak kalau kau tundukkan kepala aku sebelum aku dapat melihatnya?"kata Tao.

"Diamlah! Orang tu ialah Jonnisthon,"kata Chanyeol.

"Joni?"kata Tao.

Chanyeol mengangguk.

Chanyeol mengintai di celah semak lalu membisikkan sesuatu kepada telinga Tao.

"Aku pasti itulah orang yang telah menyeksa ibu bapa aku,"kata Chanyeol.

"Biar betul?"kata Tao.

"Betul! Pihak auror ada maklumkan tentang hal ini,"kata Chanyeol.

"Nampaknya kau perlu meminta kebenaran daripada Profesor McGonagall,"kata Tao.

"Untuk apa?"kata Chanyeol.

"Masuk ke dalam Pensieve,"kata Tao.

"Kalau aku lupa cara untuk pulang?"tanya Chanyeol.

"Terserah,"kata Tao.

Chanyeol mula menggeram.

"Kau ni kan,"kata Chanyeol. Tao mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum.

"Nampaknya aku ada dengar suara budak-budak di sini,"Jonnisthon yang berambut pendek berwarna hitam dan berwajah sinis serta memakai jubah hitam datang ke arah tempat persembunyian mereka.

"Kau panggil kami buda-"Chanyeol segera menutup mulut Tao.

"Shh! Nanti dia dengar."

"Kita kat jalan mati dah,"kata Chanyeol lagi.

"Apa yang aku patut buat terhadap kamu...Edison Huang dan Richard Park?"Jonnisthon terus melihat dua orang remaja lelaki itu di sebalik belukar.

"T-t-tolong! Jangan makan kami!"rayu Chanyeol.

Jonnisthon tertawa. "Nak makan kamu? Kau ingat aku ni raksasa?"

Kemudian, dia ketawa lagi.

"Habis tu apa yang kau nak buat?"kata Tao lalu berdiri di hadapannya.

"Kasihan kamu, si anak kecil yang terlalu berani!"Jonnisthon terus menampar pipi Tao.

"Sakitlah!"Tao terus mengeluarkan tongkatnya tetapi dibuang oleh kuasa Jonnisthon dengan tongkat sihirnya.

"Stupefy!"

Tao menahan kesakitan selepas dibuang ke arah sebatang pokok fir. Chanyeol segera mendapatkan Tao.

"Apa yang kau dah buat dengan dia?"marah Chanyeol.

"Lihat sini, adik kecil. Tiada apa yang lebih berkuasa berbanding aku,"kata Jonnisthon. "Kau tak boleh lari dari aku."

"Kenapa?"kata Chanyeol.

"Sebab aku dah lama nak cari kau. Lepas aku bunuh ibu dan bapa kau, aku baru perasan yang mereka ada dua orang anak kecil dan anak kecil itu ialah kau dan Roseanne,"kata Jonnisthon.

"Maksud kau...aku dan adik perempuan aku, Chaeyoung?"kata Chanyeol.

"Ya! Tepat sekali,"kata Jonnisthon atau dikenali sebagai Joni. "Aku dah lama sasarkan kau berdua tapi malangnya kau dijaga oleh keluarga Oh. Aku tahu keluarga Oh itu memang orang yang berpengaruh dan kuat ilmu sihirnya."

"Jadi, kau nak bunuh aku dan Chaeyoung?"kata Chanyeol.

"Kau rasa?"Joni mengangkat sebelah keningnya.

"Tak guna!"Chanyeol terus menyerang Joni tetapi dihalang oleh kuasa sihir Joni. Chanyeol merasakan seolah-olah seluruh tubuh badannya diikat.

"Adakalanya, pengakhiran yang lebih baik itu adalah disakiti berbanding menyakiti,"kata Joni.

"Argghh! Joni! Kau bangsat!"kata Chanyeol.

"Dan...sesuatu yang menyakitkan itu akan pudar dan menjadi yang manis...untuk kau, Richard Park dan adik kau, Roseanne Park."

Chanyeol berhempas pulas melawan kuasa Joni itu sekuat hatinya.

"Kau memang jahat, Joni!"jerit Chanyeol.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now