[Lily's POV]
Keretapi Hogwarts semakin laju bergerak di atas landasannya. Aku sudah lama melelapkan mata setelah puas berbual mengenai rumah di Hogwarts bersama ketiga-tiga sahabat baruku. Keadaan terus menjadi senyap sunyi sehingga seorang wanita tua menolak troli sambil menjerit.
"Coklat! Gula-gula!"
Jeritannya membuatkan aku terjaga dari lena.
Scorpius yang melihat wanita tua itu terus berdiri dari tempat duduknya dan membeli manisan dari troli itu.
"Nak apa?"tanya wanita tua itu.
"Coklat kodok dan Bertie Botts,"kata Scorpius.
Wanita tua itu memberikan manisan yang dipesan Scorpius tadi. Lelaki blonde itu terus membayar harga manisan itu dan duduk semula di tempat duduknya.
"Kamu bertiga?"tanya wanita tua itu kepada aku, Albus dan Rose.
"Emm..coklat kodok dan gula-gula Liquorice,"kataku walaupun aku tidak sukakan Liquorice. Itu sahaja manisan yang aku tahu di dunia sihir ini.
"Saya nak Bertie Botts aje,"kata Albus.
"Saya tak nak apa-apa lagipun saya ada bawa pai yang nenek saya buat,"kata Rose sambil mengeluarkan sepotong pai beri dari poketnya.
"Tapi cukupkah duit kita?"tanyaku kepada Albus.
"Jangan risau,"Albus mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
"Nenek, saya nak tiga jeli, tiga coklat kodok dan tiga gula-gula Liquorice,"kata Albus lagi.
Aku terdiam. Hatiku meronta kerana ingin berterima kasih kepada Albus yang sanggup menghabiskan duitnya semata-mata untuk membeli makanan ringan kepada kami semua. Wanita tua itu pun berlalu pergi dengan trolinya.
"Nah, makanan korang,"Albus memberi makanan itu kepada kami.
"Kau ada beli Unopoo ke?"tanya Scorpius kepada Albus.
"Tak ada. Nanti sakit perut,"balasnya secara ringkas.
Sementara itu, aku terus membuka kotak coklat kodok yang tertutup dengan kemas itu. Tiba-tiba, seekor kodok melompat pergi dari petak sambil aku cuba menangkapnya.
Kemudian, aku terlihat sekeping kad ahli sihir. Kad yang aku dapat ialah seorang ahli sihir bernama Albus Dumbledore.
"Albus Dumbledore,"gumamku.
Tiba-tiba, ahli sihir Dumbledore itu menghilang.
"Bukan selamanya dia di sana,"kata Albus kepadaku.
Aku hanya mengangkat kedua belah keningnya dan mengangguk tanda faham.
~~~
Waktu senja semakin menjelang, Aku tidak dapat melelapkan mataku memandangkan tenagaku sudah cukup untuk hari ini. Aku hanya menyandarkan kepala pada kerusi sahaja. Rose menepuk bahuku apabila aku semakin mengelamun.
"Baik kau bersiap, kita akan sampai ke Hogwarts tak lama lagi,"katanya.
Aku terus bangun lalu bersiap memakai jubah yang dibeli di Diagon Alley tadi.
Akhirnya, kami sampai di Stesen Keretapi Hogsmeade. Semua pelajar turun dari keretapi dan beratur ke Dewan Besar. Pelajar tahun pertama seperti kami pula akan dibawa oleh Hagrid.
"Pelajar tahun pertama! Kita akan naik perahu ke Hogwarts,"kata Hagrid.
Alangkah terujanya aku kerana menaiki perahu memang menjadi aktiviti kegemaran aku ketika menyertai kem musim panas pada tahun-tahun sebelumnya.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...