Rose dan Lily berjalan bersama di dalam sebuah hutan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan menjalar. Rose mengambil sekeping peta dari poket seluarnya.
"Kita masih ada 200 meter lagi untuk sampai ke sungai tu,"kata Rose.
"Tak jauh lagi dah,"kata Lily. "Nasib baik kau ikut."
"Kalau aku ikut, kau tak sengsara menangis sorang-sorang kat sini,"cebik Rose.
"Kau kata Stephen, Richard dengan Edison nak ikut tapi mana mereka?"tanya Rose lagi.
"Entahlah aku pun tak tahu,"Lily mengangkat kedua bahunya.
"Ke mereka lupa?"tanya Rose lagi.
"Tak tahulah,"kata Lily.
"Kau kan yang ajak diorang ikut kita takkanlah kau tak tahu?"kata Rose.
"Manalah aku tahu. Aku kan manusia,"kata Lily sambil menggedikkan bahunya.
"Kau kan ada Peta Marauders,"kata Rose.
Rose terus memandang Lily dengan lama sambil memuncungkan bibirnya. Tangannya pula sudah ditadahkan bersama senyuman yang penuh bermakna.
"Bagilah,"kata Rose.
Lily terus memberikan peta itu kepada Rose sambil mengerlingkan matanya ke langit.
"Maaf,"kata Rose kepada Lily.
Rose terus membuka peta itu dan mencari nama Chanyeol, Tao dan Sehun.
"Mereka ada di sini lah,"kata Rose.
"Di mana?"kata Lily.
"Mereka ada kat 100 meter di belakang kita,"kata Rose. "Tak lama lagi tu."
Tiba-tiba, kedengaran satu suara yang garau memecah keheningan hutan tersebut.
"Heyyyy korang!"kata Chanyeol.
"Hai!"kata mereka berdua.
"Maaf kami lambat,"kata Sehun. "Edi risau sebab dia tercari-cari joran dia."
Rose tertawa.
"Tak apalah,"kata Lily. "Jom kita pergi sama-sama."
"Jom! Jom!"Chanyeol terus berjalan dengan terkinja-kinja dan mendahului yang lain.
~~~
Akhirnya, mereka sampai di sebuah lapangan yang luas dan dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mekar dan berwarna-warni. Bau bunga yang harum menusuk ke dalam setiap rongga hidung masing-masing. Bau itu membuatkan Chanyeol terbersin.
"Tempat ni memang sesuai untuk kita berkhemah,"kata Lily. "Tengoklah dataran yang tinggi ni. Bukit-bukau dan pokok pain di sini sangat cantik."
Sementara itu, Sehun mencari beberapa batang kayu api untuk dibuat sebagai unggun api pada malam nanti.
"Tengok sungai kat sana tu!"Rose menudingkan jarinya ke arah sebatang sungai yang mengalir tenang.
"Tempat ni memang mewah! Pandailah kau pilih tempat, Lily,"kata Chanyeol.
"Kita mesti cari tempat yang ada bekalan asas yang mencukupilah,"kata Lily kepada Chanyeol.
~~~
Malam bulan mengambang, enam sekawan itu pun berkumpul bersama-sama mengelilingi unggun api sambil berkongsi cerita masing-masing.
Tiba-tiba, Sehun menyanyi.
"Berkhemah, berkhemah, berkhemah sama si Nopal. Si Nopal! Si Nopal! Anaknya-"Rose segera menutup mulut Sehun.
"Shh!"kata Rose.
"Kenapa?"tanya Sehun.
Suasana menjadi sunyi.
"Korang semua ada dengar tak bunyi serigala?"tanya Rose.
Semua menjadi takut. Peluh dingin membasahi tubuh badan Lily.
"Ada serigala ke di sini?"kata Lily.
Chanyeol tertunduk diam tanpa mengeluarkan sepatah kata.
"Yeol?"Tao memegang bahu Chanyeol.
Chanyeol terus berdiri dan berlari masuk ke dalam khemah. Tidak lama kemudian, dia keluar dari khemah dengan membawa sebuah crossbow dan memakai mantel hitamnya.
"Chanyeol!"Tao mengejar lalu menahan Chanyeol.
"Serigala jadian mesti dibunuh!"kata Chanyeol. "Kau tak ingat ke malam ni bulan purnama penuh?"
Tao diam. Chanyeol terus berlari dengan berkaki ayam dan melompat tinggi di setiap dahan pokok-pokok pain itu. Kehebatan yang dimiliki olehnya digunakan dengan sebaiknya.
Tao terus mengambil sehelai lagi mantel dan sepasang busur serta anak panah lalu bertukar menjadi debu dan terbang mengikuti Chanyeol.
Lily mahu mengikuti Tao tetapi dihalang oleh Sehun
"Jangan,"kata Sehun kepada Lily.
Lily akur.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...