DDH 3: Makluman

83 7 0
                                    

Lily, Albus, Rose dan Scorpius datang menuju ke koridor utama untuk bertemu dengan Flavia yang sedang mengapungkan sebiji epal ke atas siling.

"Flavia!"panggil Lily.

Flavia menangkap epal itu dan memandang Lily.

"Hei, Lily! Kau buat aku terkejut je!"kata Flavia sambil ketawa.

"Hehe. Maaflah,"kata Lily.

"Apa kau buat?"tanya Rose.

"Aku tengah apungkan epal ini bila aku rasa bosan,"kata Flavia. "Memang inilah hobi aku setiap masa."

"Kenapa korang datang ke sini?"tanya Flavia.

"Lily ada cakap yang kau ini satu-satunya ahli kumpulan Phoenix yang tahu tentang semua maklumat Death Eater,"kata Rose.

"Oh yakah? Terima kasih sangat!"kata Flavia dengan teruja sekali.

"Kau tau tak tentang Sarah Bouttle?"tanya Albus.

"Si Sierra tu?"Flavia turun dari anjung tingkap itu lalu berjalan setempat. "Aku kenal sangat dengan perempuan murahan tu."

"Kenapa dia dikenali sebagai perempuan murahan?"tanya Lily.

"Sarah ni pandai sangat gunakan minyak pengasih. Kau tau tak...dialah wanita yang merampas kekasih aku pada satu ketika dahulu. Dialah juga yang telah membunuh semua ahli keluarga aku,"kata Flavia.

"Kasihannya,"kata Scorpius. "Sarah tu sebaya dengan kau ke?"

"Ya,"kata Flavia.

"Di mana rumah dia dimasukkan?"tanya Lily.

"Slytherin...biasalah kalau yang ada ciri-ciri seperti Death Eater mesti akan ke sana,"kata Flavia. "Lagipun ramai orang label rumah Slytherin ni rumah yang paling jahat satu ketika dahulu. Aku masih ingat masa tu berlaku semasa zaman ayah Albus bersekolah di Hogwarts."

"Tapi sekarang sudah berubah, Flavia,"kata Albus.

"Ya, sekarang sudah berubah. Cuma Dark Wizard masih ada,"kata Flavia.

"Ya,"kata Lily. "Bagaimana hubungan kau dengan Sarah?"

"Aku mula berkenal dengan Sarah semasa kami berselisih di sini,"kata Flavia. "Masa tu, Sarah sangat marah dengan aku."

"Kenapa?"tanya Rose.

"Aku tak tahu tapi dia tuduh aku curi posyen minyak pengasihnya,"kata Flavia. "Lepas tu, dia panggil kawan-kawan dia yang lain nak belasah aku."

"Uh oh!"kata Scorpius.

"Tapi nasib baik profesor McGonagall datang ke tempat ni dan leraikan pergaduhan kami,"kata Flavia.

"Ada apa-apa lagi yang terjadi selepas itu?"tanya Lily.

"Selepas insiden tu, Sarah selalu kenakan aku dengan menyimbah air ke uniform aku, tarik rambut aku malahan menyihir aku dengan coklat yang disihir supaya aku sakit perut,"kata Flavia.

"Jahatnya dia!"kata Rose.

"Selepas kami menjadi alumni dari Hogwarts, aku tak pernah nampak dia lagi sampai aku terlibat dalam operasi membanteras Dark Wizard,"kata Flavia. "Aku terjumpa Sarah bersama dengan anak Voldemort dan ahli-ahlinya yang lain di markas Death Eater."

"Markas tu terletak di rumah kau, Scorpius!"kata Rose.

Scorpius terkejut."Aku tak pernah tahu pun tentang hal ni!"

"Tetapi mereka dah berpindah tempat. Hanya pihak auror sahaja yang tahu di mana tempat tu,"kata Flavia.

"Selepas tu?"tanya Lily kepada Flavia.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now