Pagi itu begitu cerah sekali. Matahari yang terbit dari ufuk timur telah menampakkan sinarnya. Di dalam sebuah bilik yang penuh dengan buku-buku dan berselerak dengan selimut yang berkulut di lantai, seorang gadis berambut panjang berwarna perang gelap masih melelapkan matanya. Air liur membasahi pipinya. Tidak padan dengan gadis yang cantik rupawan itu.
"Lily! Lily!"kedengaran bunyi ketukan pintu dan suara jeritan di luar. Suara itu ialah ibu saudaranya sendiri yang sibuk menyediakan sarapan untuk keluargnya.
Lily bingkas bangun sambil mengelap air liurnya. Rambutnya yang tidak terurus itu langsung tidak dihiraukannya. Dia membuka pintu bilik dan melihat ibunya yang menyusun segala pinggan mangkuk di atas meja makan.
"Siang malam asyik terlentang aje di atas katil tu,"Puan Rosemary, ibu saudara Lily sedang membebel.
"Tak boleh ke kamu buat kerja yang berfaedah sikit? Macam kemas rumah atau menanam pokok bunga?"
"Kalau bunga kaktus?"Lily mula bertanya soalan yang mengarut.
"Jangan tanya soalan pelik lagi kalau tak makcik sumpah kamu jadi mayonis!"kata Rosemary sambil menghalakan sudip kayunya ke arah Lily.
Dari pintu belakang rumah, Matthew yang berbadan gemuk membuka pintu itu dan menolak kakak sepupunya sehingga jatuh ke lantai. Kelihatan seperti dia terkinja-kinja dengan sarapan yang dimasak ibunya itu. Lily bangkit semula apabila Matthew sedang menikmati sosej panggangnya dengan gelojoh.
"Telur hancur lagi?"kata Lily dengan kecewa.
"Makan saja apa yang ada,"Rosemary memberikan sedikit telur hancur kepada Lily.
"Mak, jangan bagi telur tu kepada Lily!"Matthew segera memegang tangan ibunya.
"Sepupu kamu ni perlukan makanan juga."
Lily memakan telur itu dengan kunyah perlahan. Telur hancur sudah menjadi makanan rutinnya walaupun dia sangat membenci makanan itu.
Selepas sarapan, Lily berehat di ruang tamu dengan melabuhkan punggungnya di atas sofa lama yang dijahitnya sendiri apabila terkoyak. Rancangan televisyen kegemarannya yang berunsurkan jenaka merapu ditonton. Gadis itu selalu ketawa besar sehingga didengari jiran yang sibuk mencuci kereta di luar.
Tanpa disedarinya, seekor burung hantu putih terbang sambil membawa sekeping surat yang diikat pada kakinya. Surat itu dijatuhkan dan terbang masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang terbuka. Lily berdiri dari sofa dan terus mengambil surat misteri itu. Sementara itu, Rosemary hanya merenung anak perempuannya dari dapur.
Dalam fikirannya, sesuatu ramalan mungkin akan terjadi terhadap anak saudaranya.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Hayran Kurgu[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...