DDH 2: Alhambra's Hill

142 15 0
                                    

Selepas selesai bersarapan, Marco terus memakai mantel pengembaraannya.

"Kau nak ke mana Marco?"tanya Rose.

"Aku nak ke rumah Mesut dulu. Kalau kau nak ikut pun boleh,"kata Marco.

"Aku nak ikut,"kata Albus.

"Aku pun,"kata James.

"Kau?"kata Marco kepada Lily.

"Ikut je lah,"kata Lily.

"Okay, jomlah,"kata Marco.

~~~

Mereka berjalan mendaki sebuah bukit yang begitu cantik pemandangannya. Kelihatan sebuah tasik besar dan beberapa buah rumah dari bukit tersebut.

"Tempat ni dinamakan Alhambra's Hill. Salah satu kawasan tempat tinggal ahli sihir elit di sini,"kata Marco. Dia menuding jarinya ke arah sebuah manor yang besar sekali. "Manor besar tu rumah Mesut."

"Rupanya Mesut berasal dari keluarga yang berada,"kata Lily.

Mereka menuju ke manor milik Mesut itu. Marco terus menekan loceng pada pagar untuk masuk. Kelihatan orang-orang kenit yang menjadi pekerja di manor itu membuka pintu pagar di hadapan mereka.

Pemandangan di kawasan perkarangan manor keluarga Özil itu sangat memukau. Hiasan taman di situ bagaikan di syurga. Hal ini membuatkan minda Lily terhenti untuk seketika. Masing-masing mengamati keindahan manor keluarga Özil itu.

Orang-orang kenit yang mengiringi mereka terus membuka pintu utama dan memanggil tuannya.

"Tuan Sahar, ada tetamu datang nak jumpa!"kata salah seorang orang kenit itu kepada tuan mereka iaitu Sahar, ayah kepada Mesut.

"Panggil mereka masuk,"kata Sahar yang berambut pendek berwarna hitam, berjambang dan mempunyai janggut serta misai yang lebat yang duduk sambil membaca akhbar Daily Prophet di ruang tamunya.

"Tuan Sahar mengalu-alukan kedatangan kamu,"kata orang kenit itu kepada mereka berlima.

Mereka pun masuk ke dalam manor itu. Sahar ternampak Marco dan menyambutnya dengan senyuman.

"Oh, Marco! Tentu kamu nak jumpa Mesut kan?"kata Sahar lalu bersalam dengan Marco.

"Ya Tuan,"kata Marco.

"Siapa budak-budak yang ikut kamu ni?"tanya Sahar apabila terpandang Lily yang sedang melihat potret keluarga mereka itu.

"Budak perempuan yang berambut merah tu namanya Rose Weasley. Budak lelaki yang sama warna rambut dengan dia tu namanya James Potter. Adiknya yang berambut hitam tu pula namanya Albus Potter dan budak perempuan yang sedang tengok lukisan gunung tu namanya Violette Marmalade,"kata Marco.

"Anak kepada penulis terkenal yang hilang tu?"bisik Sahar kepada Marco.

Marco mengangguk. Sahar pula terkedu seketika.

"Di mana Mesut, Tuan?"tanya Marco.

"Dia ada di dalam bilik tidur dia,"kata Sahar.

"Okay, terima kasih,"kata Marco.

"Hm,"kata Sahar sambil memerhatikan remaja-remaja itu yang terus menaiki tangga ke atas.

~~~

Mereka berlima menaiki tangga menuju ke bilik tidur Mesut.

"Bilik tidur Mesut ni besar dan luas macam ruang tamu di rumah nenek Molly,"kata Marco.

"Untunglah dia jadi anak orang berada,"kata Rose.

Marco pun terus mengetuk pintu bilik Mesut. Lelaki itu terus membuka pintu biliknya.

Mesut yang memakai baju berlengan panjang berwarna hitam yang longgar dan berseluar track panjang berwarna biru muda itu masih lagi menggosok matanya. Dia kelihatan seperti baru sahaja bangun dari tidur.

"Kau baru bangun ke ni?"tanya Marco.

Mesut menggeleng.

"Bohong,"kata Marco sambil tersenyum sinis. Mesut hanya mendecit sahaja.

"Macam mana dengan parut kat dada kau?"tanya Marco lagi.

"Dah nak sembuh dah...nasib baik healer di Hospital St.Mungo tolong rawatkan parut ni,"kata Mesut.

"Syukurlah,"kata Marco lalu memasuki bilik Mesut dan membuka mantel pengembaraannya.

"Marco, macam mana dengan plan kita tu?"tanya Mesut.

"Plan apa?"Marco hairan.

"Alah, plan kita nak mencari Nessie tu,"kata Mesut.

"Bagus kita batalkan je lah,"kata Marco.

"Kenapa?"tanya Mesut.

"Kau tau kan Tasik Marina di Andrelle's Hollow sekarang merbahaya,"kata Marco.

"Kenapa pula?"tanya Mesut.

"Ada orang yang suka-suka nak letakkan posyen Draught of Living Death ke dalam air tasik tu,"kata Marco.

"Jadi macam mana dengan Nessie tu?"kata Mesut.

"Semua lari. Nessie tu pun lari,"kata Marco.

Mesut mengeluh.

"Sabarlah Mesut,"Marco memujuk Mesut.

"Oh ya, aku ada something nak tunjukkan dekat korang semua,"Mesut terus mengambil kunci bilik bawah tanah sambil diekori oleh kawan-kawannya itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now