DDH 1: Balasan

421 44 0
                                    

"Kita bersembunyi di semak ni,"kata Mesut kepada Scorpius.

"Tu...budak Glitch tu. Aku nak kau kenakan dia juga,"bisik Scorpius.

"No problem sebab aku pun selalu kenakan orang,"kata Mesut dengan senyuman yang yakin.

"Kau prankster?"

"Hogwarts prankster. Aku, Edison, Richard, Stephen dan Jonathan,"kata Mesut lagi.

"Kitorang selalu kenakan siapa-siapa saja. Baik lelaki mahupun perempuan,"sambungnya lagi.

Tatu berukirkan bulan ditunjukkan kepada Scorpius.

"Kau nampak apa ni?"tanyanya kepada budak lelaki itu.

Scorpius mengangguk.

"Ini tatu Moonlight Soldier. Tatu keahlian kami. Kami baik, bukan macam Death Eater,"senyumannya mati.

"Kenapa?"

"Kami ada pertolongan daripada kumpulan Phoenix,"Mesut merenung anak mata Scorpius dengan tajam.

"Dan kau jangan nak memandai nak cakap yang aku ni budak ilmu hitam. Semua orang anggap aku macam tu tapi bukan itu yang terjadi dekat aku langsung,"katanya sebelum suasana menjadi hening semula.

Mesut pun mengeluarkan tongkat sihirnya.

"Avis!"

Sekawanan burung pun keluar dari tongkat sihir Mesut itu dan terus menyerang Hayley yang duduk di atas bangku di taman.

"Syuh! Syuh! Siapa yang pandai-pandai nak kenakan aku ni!"marah Hayley.

Mesut dan Scorpius pun ketawa.

"Mari kita kenakan dia dengan yang ni pula,"kata Mesut.

"Incedio!"semburan api terkeluar dari tongkatnya.

Semburan itu terkena jubah Hayley dan secara tidak langsung jubahnya terbakar. Hayley segera mengeluarkan tongkatnya.

"Aguamenti!"

Air yang keluar dari tongkat Hayley berjaya memadamkan api pada jubahnya.

"Siapa pula yang berani nak kacau aku ni?"kata Hayley seorang diri.

"Bodoh,"kata Mesut.

Hayley berpaling dan melihat tiada sesiapa pun di sana. Hairan dan bingung, Hayley terus duduk dan membuat sihir pelindungnya.

"Kalau aku dapat tau siapa orang tu siaplah!"katanya.

"Dia memang tak boleh jadi ni!"kata Mesut.

Mesut terus mengeluarkan mantel hitamnya dan membuka jubah sekolahnya.

Mesut terus memakai mantel hitamnya dan berpusing sambil mengibaskan mantel itu. Dia terus lenyap dan meninggalkan kesan asap berwarna keabuan kepada Scorpius. Scorpius terbatuk-batuk kerana terhidu asap itu.

~~~

Mesut yang masih halimunan terus memecahkan sihir pelindung Hayley dan menghalakan tongkat sihirnya ke arah Hayley.

"Expelliarmus!"

Hayley terus terbuang dari bangku itu.

"F*ck!"Hayley tercarut.

"Cis, tergamak kau nak buang aku ya...Mesut Özil!"kata Hayley apabila Mesut muncul di depan matanya.

Senyuman sinis ditayangkan kepada Hayley.

"Ada orang yang hantarkan aku untuk buat kerja ni,"Mesut memanggil Scorpius dengan isyarat tangannya.

Hayley mengerutkan dahinya. Scorpius terus muncul di sebalik semak-samun itu.

"Kau rupanya punya angkara ni! Tak guna! Siaplah kau!"Hayley terus mengeluarkan tongkat sihirnya.

Dia bersedia dan terus memutarkan tongkat saktinya itu ke arah mereka berdua.

"Geluglacialis!"

Pancaran ais hampir terkena mereka berdua. Mesut terus menghalakan tongkatnya.

"Stupefy!"

Sihir itu terkena pada Hayley dan menyebabkan Hayley terbuang ke bawah. Gadis itu mula tidak sedarkan diri. Warna rambut Hayley berubah menjadi putih dan kulitnya menjadi pucat.

"Ini yang akan terjadi kepada mereka jika tak sedarkan diri,"kata Mesut.

"Berapa lama kesan ni?"tanya Scorpius.

"Dalam masa seminggu kalau aku tak silap,"kata Mesut lagi.

"Keluarga lima elemen ni akan mengalami keadaan macam ni kalau mereka diimunkan."

"Nasib baik sihir kau menjadi,"kata Scorpius.

"Kalau tak, dah lama kita membeku di sini,"sambung Scorpius lagi.

Hayley terus berlari menuju ke arah kawasan cerun bukit dan terus berguling-guling jatuh di situ.

Sementara Mesut dan Scorpius terus mengejarnya dengan menggelonsorkan tubuh mereka di sepanjang cerun bukit itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now