DDH 3: Buku Cerita

95 9 2
                                    

"Lumos!"Lily menyalakan lampu dari tongkat sihirnya untuk membaca sebuah buku cerita.

"Seronoknya kau dapat baca buku aneh tu,"kata Matthew sambil mengunyah coklat Kit Katnya.

"Ni buku Legenda Budak Parseltonguelah. Ini pun sebab aku dapat hadiah percuma dari pak cik kedai buku tadi tu,"kata Lily.

Macam Legenda Budak Setan dah.

"Diagonally?"tanya Matthew.

"Diagon Alley,"Lily membetulkan kata Matthew. Sepupunya itu hanya melopong sahaja.

"Buku tu macam mahal. Sudahlah jalan cerita dia menarik masa aku baca tadi, tulisan yang penulis tu guna pun sangat cantik dan kemas,"kata Matthew. "Walaupun kecil sangat."

"Lagipun dakwat yang digunakan juga berwarna emas,"kata Lily.

"Emas yang dileburkan? D*mn,"tanya Matthew.

Lily mengangguk.

"Patutlah harga buku tu 200 Galleon yang kau cakap mahal sangat tu. Mungkin harga tu harga yang tak masuk akal langsung bagi muggle,"kata Matthew. "Kalau diorang tau pasal duit ahli sihirlah."

Kedengaran bunyi tapak kaki di luar bilik tidur mereka.

"Mak aku nak datang, cepat tidur!"Matthew terus menyelimuti dirinya dengan selimut yang dijahit oleh kakak sepupunya sendiri.

Lily khusyuk membaca buku cerita itu. Pintu dibuka dan Rosemary melihat Lily masih belum tidur.

"Violy, kenapa kamu masih belum tidur lagi ni?"tanya Rosemary dengan memanggil nama ejekan gadis itu.

"S-saya nak baca buku dulu."

"Tak payahlah nak baca buku. Lagipun dah lewat malam dah. Baik kamu tidur,"Rosemary mengambil buku itu dari tangan Lily lalu meletakkannya di atas meja.

"Buku Legenda Sarah Bouttle,"tajuk pada kulit buku itu dibaca oleh wanita itu.

"Legenda Sarah Bouttle. Wanita yang dibunuh kerana fasih dalam parseltongue,"kata Lily.

"Lagipun, cerita tu sangat menyayat hati,"kata Lily lagi apabila Rosemary duduk di atas katilnya.

Tidak ditanya, malah dia menjawab pula.

"Aku tak tanya. Jadi jangan jawab,"kata Rosemary dengan dingin.

Lily tertunduk seketika. "Maaf."

"Betulkah orang yang bercakap Parseltongue ni jahat?"Rosemary membelek buku itu. Tulisan pada halaman buku itu sedikit kecil apabila muggle yang membacanya.

"Saya tak pasti. Tapi ramai yang kata orang yang bercakap Parseltongue memang jahat,"kata Lily. "Itu yang saya baca dalam buku tu tadi. Saya harap mak cik dapat baca."

Rosemary hanya mengangguk sambil mengecilkan matanya. Terlupa pula dia membawa kaca mata rabun dekatnya ke situ tadi.

"Bukan semua orang yang fasih dalam parseltongue tu jahat dan bukan semua orang yang bukan parseltongue tu baik,"kata Lily.

Ibu saudaranya hanya mengangguk perlahan. Terpaksa dengar sahaja apa yang dikatakan oleh anak saudaranya tentang dunia yang dianggap karut itu.

"Hm, saya dah nak tidur ni,"kata Lily.

"Baiklah, selamat malam Violy,"Rosemary mengucup dahi Lily sekilas dan seterusnya pada dahi anak lelakinya.

Rosemary terus keluar dari bilik itu.

"Selamat malam mak cik,"kata Lily. Lily terus melelapkan matanya.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now