DDH 3: Latihan Quidditch

87 8 2
                                    

Bilik Umum Gryffindor

Ramai pelajar sedang beristirehat selepas seminggu penat dengan kelas-kelas yang dihadiri. Muzik bergenre pop dipasang untuk menenangkannya hati setiap pelajar.

Tao berjalan menuju ke arah Lily yang sedang membaca sebuah buku.

"Erm, Lily?"tegur Tao.

Lily mendongak lalu membulatkan sedikit matanya.

"Aku datang ke sini sebab aku nak minta maaf,"Tao duduk di sebelah gadis itu.

Lily mengeluh. Tao pula meraup rambutnya ke belakang.

"Aku tau aku salah. Aku tak sepatutnya ikutkan emosi,"kata Tao.

"Kalau bukan sebab kau tak kawal kemarahan kau, aku tak akan dimalukan oleh pelajar lain di sini,"kata Lily dengan mata yang masih fokus pada buku itu.

"Hm...tapi aku tetap nak minta maaf. At least kita boleh jernihkan keadaan,"kata Tao.

"Yalah. Kalau macam tu, aku maafkan kau,"Lily menghulurkan tangannya kepada Tao.

Hulurannya dibalas. Tao tersenyum.

"Buku apa kau baca tu?"tanya Tao.

"Buku konspirasi Sarah Bouttle. Kau tau tak Sarah sebenarnya Death Eater?"tanya Lily.

"Tau. Aku dengar Sarah jugalah antara orang yang mahukan Death Eater kembali,"kata Tao.

Lily terdiam seketika. "Hm, apa rahsia yang abang aku cuba beritahu?"

Tao tersentak. "Kau akan tahu juga nanti. Aku tak dapat bagitahu kepada kau."

"Fine,"kata Lily.

"Kau rasa Tom Jr akan kembali lagi?"tanya Tao.

"Mungkin,"kata Lily.

Ariana datang sambil membawa penyapu terbangnya.

"Lily dan Ed, hari ini ada latihan Quidditch. Datang ke lapangan pada pukul 3 petang, faham?"kata Ariana lalu keluar dari bilik umum itu.

"Okay,"kata Lily. "Macam mana kalau kami lewat?"

"Hmm...kapten Kim akan marahkan Ed sebab dia yang bawa kau dating!"kata Ariana sambil ketawa.

"Ari!"kata Tao kepada Ariana.

~~~

Lily sampai di lapangan Quidditch bersama Tao. Dia melihat Ariana dan rakan-rakan sepasukannya sedang menunggu di lapangan itu.

"Tepat pada masanya ataupun kita yang ditunggu?"kata Lily. Tao hanya mengangkat bahu.

Ariana memandang Lily lalu melambai ke arahnya.

"Hei, Lily!"kata Ariana.

Lily membalas lambaian Ariana lalu berlari ke arah mereka.

"Maaflah kalau kami dah buat korang tunggu lama,"kata Lily.

"Bukan kau yang terakhir Lily,"kata Sandra.

"Habis tu siapa?"tanya Lily.

"Siapa lagi kalau bukan chaser harapan kita si Mesut tu,"kata Seokjin sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada tiang gol itu.

"Dia janji dia akan datang pada pukul 2:30 tapi sekarang dah pukul 3:05 petang dah,"kata Chanyeol sambil memandang jam tangan pada tangan kirinya.

"Aku rasa Aurora tengah tahan abang dia,"kata Ariana.

"Mungkin kot,"kata Chanyeol.

Tiba-tiba, Mesut datang sambil memecutkan Fireboltnya. Dia selamat mendarat di atas permukaan pasir sambil melompat keluar dari Fireboltnya.

"Maafkan aku. Aku terlambat 35 minit sebab Firebolt aku ada masalah sikit,"Mesut menunduk sambil menggaru kepalanya.

"Sebenarnya dah 37 minit. Itupum termasuk sekali 2 minit masa yang diambil untuk pendaratan di atas permukaan pasir,"kata Chanyeol.

"Ya, betul kata kau. Maafkan aku sekali lagi,"kata Mesut."Aku patut beli penyapu baru tapi tulah aku selalu lupa. Lagipun apa jenis penyapu yang berkualiti sekarang?"

Tao menunjukkan penyapu NYX-Fireboltnya. Mesut tergamam.

"NYX-Firebolt. Model terkini. Kelajuannya dua kali ganda berbanding Firebolt biasa,"kata Tao sambil membuat pandangan sinis ke arah Lily.

Lily pula menjelirkan lidahnya ke arah Tao.

"Okay, terima kasih untuk itu,"kata Mesut.

"Mesut, apa kata kalau kau gunakan Nimbus 2021 dulu,"kata Ariana sambil memberikan penyapu Nimbus milik rumah itu.

"Terima kasih. Jom kita berlatih!"Mesut terus menerbangkan penyapu terbangnya.

Semua pemain terus berlatih dengan bersemangat sekali.

~~~

Semua pemain Gryffindor duduk santai setelah penat berlatih di lapangan itu selama dua jam.

"Latihan yang memenatkan,"kata Lily.

"Ya betul kata kau,"kata Ariana.

"Esok ada lagi?"tanya Chanyeol kepada Seokjin.

Seokjin mengangguk.

"Aku nak pastikan semua pemain Gryffindor hadir hari ini,"Mesut terus berdiri sambil mengambil sekeping kertas dan sebatang pen.

"Keeper Stephen Oh?"

"Ada!"

"Beater Edison Huang?"

"Ada!"

"Beater Sandra Kind?"

"Ada!"

"Chaser Richard Park?"

"Ada!"

"Chaser Ariana Grande?"

"Ada!"

"Seeker Violette Marmalade?"

"Ada!"

"Chaser Mesut Özil?"

"Ada!"

"Good,"Seokjin tersenyum lalu meletakkan semula kertas itu di atas tanah berumput itu.

"Sebagai Chaser, aku akan pastikan kawan-kawan aku seperti Richard, Mesut dan Ariana sentiasa kuat dalam mendominasi perlawanan. Stephen pula semakin pandai dalam ilmu penjaga gol aku tengok. Lily pula sentiasa cemerlang,"ulas Seokjin.

"Sudahlah membebel tu. Aku lapar ni,"kata Chanyeol sambil mengusap perutnya.

"Kalau macam tu, kita balik je lah,"kata Seokjin.

Semua pemain pulang ke istana apabila langit sudah mula bertukar senja.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now