DDH 3: Keputusan Adner

72 10 0
                                    

Lily terus rebah kerana terlalu penat menentang dua orang penjahat itu tadi.

McGonagall datang bersama sekumpulan auror dan pengawas semua rumah. Tao terus mendapatkan Lily dan meletakkan Lily pada pangkuannya.

"Lily! Lily!"kata Tao sambil menangis.

"Lily tolonglah jangan mati!"kata Rose.

"Lily, bangunlah!"kata Albus.

"Tolonglah Lily!"kata Scorpius.

Lily perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat semua orang sedang memerhatikan keadaan dirinya yang sudah kembali sedar dan pulih seperti sediakala.

Mereka semua bersorak gembira kerana Lily sedar semula dari pengsan. Tao terus merangkul Lily sambil menangis teresak-esak.

"Lily!"kata Tao.

Rose, Albus dan Scorpius pun memeluk Lily dengan kuat sekali. Lily merasakan urat-urat dalam badannya tegang kerana pelukan yang sangat kuat oleh empat orang yang sangat rapat baginya.

Luhan terus mengambil botol kaca itu. Sarah memandang Luhan sambil marah kerana dikurung di dalam botol itu.

"Awak lakukan kerja yang baik, Lily!"kata Luhan.

Lily memandang Luhan sambil tersenyum. Lily terus bangun lalu berjalan pulang ke Hogwarts. Rose, Albus, Scorpius dan Tao pun mengikutinya.

"Kaulah manusia paling berani yang aku pernah jumpa,"kata Rose kepada Lily.

"Sebenarnya, kami tercari-cari kau tadi,"kata Tao. "Bila aku toleh ke belakang je, kau dah hilang."

"Jadi kau semua mencari aku juga lah?"tanya Lily.

"Ya,"kata Tao.

"Sekurang-kurangnya kau dan abang kau selamat,"kata Albus sambil memegang bahu Lily.

Tao menepis tangan Albus lalu mengambil alih tempat Albus untuk memegang bahu Lily.

"Semaklah kau,"kata Albus.

Tao tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

~~~

Selepas selesai kelas transfigurasi, Lily dan kawan-kawannya berjalan keluar ke Dewan Besar. Semasa dalam perjalanan, Ariana dan Billie berlari untuk mendapatkan mereka berempat.

"Hei, korang semua!"kata Ariana.

"Kenapa ni Ari?"tanya Rose.

"Abang Lily...dah nak keluar dari Hogwarts!"kata Ariana.

Mereka berempat seolah-olah tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Ariana. Mereka pun terus bergegas ke kawasan perkarangan Dewan Besar itu.

Kelihatan Adner bersama dengan beberapa beg bagasinya dan seekor ular peliharaan berjalan keluar dari Hogwarts dengan sayu.

"Adner!"kata Jimin lalu memeluk Adner.

"Jangan tinggalkan kami semua di sini, Adner!"kata Jimin.

Jungkook, Yoongi, Sehun, Tao, Mesut, Marco dan Chanyeol juga berlari ke arah Adner.

"Adner!"kata Tao lalu memeluk Adner. Tao kelihatan sebak.

"Maafkan aku, Adner!"kata Tao. "Selama ni aku da buat banyak kesalahan dekat kau!"

"Adner, ampunkanlah kami semua! Kami selalu buruk sangka pada kau!"kata Chanyeol.

"Aku pun!"kata Jungkook.

Mereka semua kelihatan menangis teresak-esak sambil memeluk Adner kerana tidak mahu membiarkan Adner keluar dari Hogwarts.

"Adner, kami selalu abaikan kau dan tak tolong kau semasa persediaan O.W.L tahun lalu,"kata Mesut.

"Kami anggap yang kau ni penipu dan gunakan bantuan orang lain semasa O.W.L,"kata Marco.

"Maafkanlah salah silap kami semua, Adner!"kata Yoongi.

Adner yang terdiam terus bersuara.

"Tak apa. Aku dah lama maafkan kau semua,"kata Adner.

Mereka berenam berhenti menangis lalu memandang Adner.

"Betulkah ni?"tanya Chanyeol.

Adner mengangguk.

Chanyeol terus memeluk Adner lalu diikuti yang lain sehingga menyebabkan Adner terbaring di atas tanah.

"Adner! Kaulah kawan kami!"kata Tao.

Adner terus berdiri lalu membersihkan pakaiannya.

"Sebenarnya, aku yang salah. Aku selalu tak dengar nasihat kau semua dan buat hal sendiri,"kata Adner.

"Semua manusia pun begitu,"kata Jungkook.

"Ya, kami pun selalu buat kesalahan,"kata Sehun.

Kata-kata mereka membuatkan Adner terharu.

"Aku pergi dulu. Keretapi akan sampai tak lama lagi,"kata Adner lalu berjalan pergi.

"Tunggu!"Lily terus mengejar abangnya.

Adner menoleh ke belakang lalu ternampak Lily memberikan seutas gelang kayu kepadanya.

"Gelang persaudaraan kita...Lily minta maaf sebab Lily tak pernah tahu kewujudan abang selama ni,"kata Lily sambil mengelap air matanya.

Adner mendakap erat tubuh adiknya sambil mengusap belakangnya.

"Aku akan berkelana ke Romania, Lily.  Jaga diri kau di sini, jaga makan dan jangan lupa belajar. Aku akan sentiasa jaga kau lepas aku pulang nanti. Dan...kau kena bantu aku untuk cari mama,"bisik Adner pada telinga Lily.

Lily mengangguk faham lalu melepaskan dakapan abangnya.

"Selamat tinggal Adner!"kata Chanyeol.

"Jaga diri!"kata Tao kepada Adner.

"Aku akan sentiasa ingat kau semua!"kata Adner lalu menaiki sampan menuju ke Stesen Keretapi Hogsmeade.

Semakin lama Adner hilang dari pandangan mata mereka. Keadaan itu membuatkan Jimin patah hati sambil menahan sebaknya.

Marco datang berjalan di hadapan mereka lalu berpeluk tubuh. Pelajar-pelajar yang lain pun pulang ke tempat masing-masing.

"Kita sebagai manusia perlulah kuat untuk menghadapi kekejaman di dunia yang fana ini!"kata Marco.

"Fana ini!"kawan-kawan Marco pun mengajuk percakapannya.

"Dunia ini sangatlah menyedihkan!"kata Marco.

"Menyedihkan!"kata mereka.

"Dunia ini sangatlah seksa!"kata Marco.

"Seksa!"kata mereka lagi.

"Dunia ini sangatlah kejam!"kata Marco.

Tiada seorang pun yang mengajuk.

"Kejam!"kata Marco lagi.

"Kejam!"percakapan kawan-kawannya berterabur kerana tergesa-gesa untuk mengajuk perkataan terakhir itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now