DDH 2: Keluarga Weasley

143 18 0
                                    

"Okay semua, sila pakai tali pinggang keledar sebab kereta ni akan terbang,"kata Marco.

"Kereta terbang? Heh...impossible,"kata Lily.

"Betullah! Kereta ni nak terbang tak lama lagi,"kata Marco.

Marco terus menarik gear terbang. Kereta itupun terbang secara perlahan-lahan dan hilang dari pandangan muggle.

"Bapak gila lawa kat bawah ni!"kata Lily sambil melihat pemandangan London yang dihiasi dengan lampu-lampu neon pada waktu malam.

"Awas, aku nak pecut dah ni!"Marco terus memecutkan kereta terbang itu.

Semua orang di dalam kereta itu menjerit ketakutan.

"MARCO, TOLONG PERLAHANKAN SIKIT BOLEH TAK?"jerit Rose.

"AKU RASA GIGI AKU NAK TERCABUT DAH!"jerit Albus.

"KITA KENA CEPAT SEBELUM NENEK MOLLY MARAH!"kata Marco.

"WARGHH! TOLONG!"jerit James.

"HOLD ON GAIS!"kata Marco yang terus memecut laju menuju The Burrow, kampung mereka.

~~~

Setelah 5 jam yang penuh dengan ketakutan, mereka akhirnya sampai di The Burrow. Marco mendaratkan kereta terbang itu dengan perlahan-lahan. Semua penumpang di dalam kereta itu keluar dalam keadaan pening, loya, mual dan muntah-muntah kecuali Marco.

"Reus, kau bawa kereta ni laju sangat sampai kitorang semua termuntah,"kata Albus.

"Sekurang-kurangnya kita sampai tepat pada masanya. Jom masuk rumah,"pelawa Marco kepada kawan-kawannya.

Mereka semua masuk ke dalam rumah. Jarum pada jam dinding menunjukkan pukul 5 pagi. Waktu ini ialah masa bangun bagi semua ahli keluarga Weasey.

"Masa untuk bangun!"kedengaran suara Molly, nenek Rose dari atas.

"Uh-oh,"gumam James sambil memandang adiknya.

Albus hanya beriak biasa sahaja.

"Nenek, kami dah bangun!"kata Albus.

Molly berjalan menuruni tangga dan melihat cucu-cucuya yang berada di ruang tamu.

"Oh, Rose sayang! Kamu dah bangun,"kata Molly lalu mengucup dahi Rose. "Pergi cuci muka kamu, Marco."

Marco menyentuh wajahnya sambil berjalan menuju ke bilik air.

"Rose, siapa budak perempuan yang kamu bawa ni?"kata Molly kepada Rose.

"Nenek, inilah anak kepada penulis terkenal tu,"kata Rose.

"Violette Marmalade! Oh, sayang!"Molly terus memeluk Lily.

Lily hanya mampu tersenyum.

"Ini nenek saya. Nama dia Puan Molly Weasley,"kata Rose.

"Apa khabar nenek?"kata Lily.

"Khabar baik sayang. Jemput duduk dulu...nanti nenek siapkan sarapan untuk kamu ya,"kata Molly yang terus mengeluarkan tongkat sihirnya.

Molly menyiapkan sarapan dengan tongkatnya sambil mengemas rumah. Semua kerja yang dilakukan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Kelihatan pinggan, mangkuk, sudu dan garfu terbang di awang-awangan menuju ke meja makan. Tidak lupa juga dengan gelas yang terus diisi dengan teh susu. Molly menyiapkan roti bawang putih, sup cendawan dan sosej bakar untuk seluruh ahli keluarganya.

"Jemput makan,"kata Molly. "Lily, kamu memang mahu mahu tidur di sini?"

Pandangan Molly dialihkan ke arah beg-beg yang dibawa oleh si Marmalade itu. Lily hanya mengangguk.

"Yalah. Eh, macam mana dengan ibu bapa kamu? Siapa yang jaga kamu sekarang?"tanya Molly lagi sambil memberikan roti halia itu kepada Lily.

"Mak cik saya,"kata Lily. "Sampai sekarang profesor McGonagall belum lagi tahu di mana keberadaan ibu bapa saya."

"Oh yalah. Kamu makanlah...roti halia ni sedap tau. Rose suka dengan roti ni,"kata Molly.

"Nenek...saya dah siap cuci muka dah,"kata Marco.

"Yalah, nanti lepas ni kamu nak jumpa Mesut kan?"kata Molly.

"Ya,"kata Marco lalu mengambil seketul sosej bakar itu.

"Nenek, di mana atuk?"tanya Albus.

"Atuk masih kerja lagi. Tak tahulah bila dia balik,"kata Molly.

"Mak pun dah pergi kerja dah?"tanya Rose.

"Ya, dengarnya sampai malam dia kerja,"kata Molly.

Mereka pun menikmati sarapan yang begitu menyelerakan itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now