DDH 3: Alat Pengesan

75 7 0
                                    

Empat sekawan itu terus menaiki tangga menuju ke Pejabat McGonagall. Mereka terus berjumpa dengan McGonagall yang sibuk membuat kerjanya.

"Ketuk dahulu pintu sebelum masuk,"tegur McGonagall kepada mereka berempat.

Lily menunduk meminta maaf lalu mengetuk pintu pejabatnya yang dibiarkan terbuka.

"Profesor,"kata Lily.

McGonagall memandang Lily. "Kenapa Lily?"

"Keadaan abang saya sekarang semakin teruk,"kata Lily.

"Betulkah?"tanya McGonagall.

Mereka berempat mengangguk.

"Adner semakin mengamuk malahan dia mempunyai kuasa sihir yang kuat. Baru sahaja Jimin terkena sihirnya dan terjatuh,"kata Rose.

"Jimin tak apa-apa?"tanya McGonagall yang mula risau.

"Tak,"kata Albus.

Tiba-tiba, Ariana datang lalu memanggil McGonagall.

"Profesor McGonagall!"panggil Ariana dengan cemas sekali.

"Kenapa?"kata McGonagall. Riak wajahnya mula cemas.

"Ada...sesuatu yang berlaku. Seorang pelajar histeria!"kata Ariana sambil melepaskan lelahnya.

McGonagall terus bangun dari duduknya dan bergegas keluar. Empat sekawan itu mengekori McGonagall.

~~~

Suasana menjadi kecoh di kawasan taman apabila Marco terapung-apung di udara sambil meronta-ronta kesakitan.

"TOLONG SAYA!"jerit Marco.

"MARCO!"kata McGonagall. "Kenapa kamu jadi macam ni?"

McGonagall terpandang Adner yang sedang mengawal Marco dengan tangannya dari satu tempat. Adner memandang McGonagall dengan mata yang menyeramkan lalu lari dari tempat itu.

"Kejar Adner!"arah McGonagall kepada semua pengawas dan guru yang berada di tempat tersebut.

Marco terjatuh ke atas tanah lalu menahan sakit pada bahagian pinggangnya disebabkan hentakan yang kuat.

McGonagall bersama warga Hogwarts yang lain terus mengejar Adner sehingga ke kawasan hutan. Adner terus bersembunyi sambil berpeluh dingin.

Adner menutup matanya lalu menahan nafas supaya tidak dikesan oleh McGonagall, guru-guru yang lain ataupun para pengawas yang garang apatah lagi para auror yang sentiasa mengawasinya.

"Ini tak baik,"kata Adner.

Adner terus melihat kawasan sekeliling lalu berjalan perlahan-lahan ke satu belukar.

~~~

"Kamu ada kesan di mana Adner?"tanya McGonagall kepada Ariana.

"Tak, profesor,"kata Ariana sambil menggelengkan kepalanya.

Auror-auror yang lain pun datang.

"Profesor, saya ada bawa alat pengesan,"kata Luhan sambil menunjukkan alat itu kepada McGonagall.

Tiba-tiba, satu bebola cahaya berwarna biru langit keluar dari alat pengesan itu dan memancarkan cahayanya di hadapan mereka. Cahaya itu bergerak ke satu jalan yang lurus di hadapan mereka.

"Jom kita ikut jalan tu,"kata Luhan.

Mereka semua terus lari mengikuti bebola cahaya itu. Jalan yang mereka lalui itu penuh dengan ranting-ranting kayu yang patah dan rumput panjang yang mengganggu perjalanan mereka.

Chanyeol hampir tersadung tetapi Mesut sempat membantunya untuk bangun.

"Terima kasih Mesut,"kata Chanyeol.

"Sama-sama,"kata Mesut.

Sementara itu, Adner terus menyembunyikan dirinya di dalam satu belukar. Keadaan dirinya semakin lama semakin lelah lalu rebah di dalam belukar itu.

Roh Sarah keluar dari badannya. Sarah memeriksa keadaan diri Adner yang terbaring lemah itu.

"Bagus!"kata Sarah. "Sekarang, aku boleh matikan budak ni untuk tuan."

Seorang lelaki berselubung hitam datang ke arah Sarah. Sarah memandangnya sambil tersenyum. Lelaki itupun mengangkat Adner lalu membawa lari budak lelaki itu ke tempatnya.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now