DDH 3: Berita Ancaman

97 9 2
                                    

Wajah Rose masih masam mencuka. Telatah Grayson membuatkan hatinya tidak senang.

Sampai bila aku kena jadi macam ni? Kata Rose dalam hati.

"Seronok jugalah masa kita pergi berkelah dulu. Korang tau tak yang Rose ni pernah siram air kat aku dulu?"kata Sehun.

Muka Rose mula hairan.

"Bila masa pula aku pernah siram air kat muka kau?"tanya Rose kepada Sehun.

"Eh, kau tak ingat ke?"tanya Sehun kembali kepada Rose.

Rose,Lisa dan Lily sibuk menyiram air ke arah muka mereka masing-masing. Sambil mereka bergelak tawa, Rose secara tidak sengaja menyiram air ke arah muka Sehun. Sehun kebetulan hampir dengan kumpulan gadis-gadis itu.

"Hei, siapa yang siram aku ni?"marah Sehun.

"Rose! Rose!"Scorpius menuding jari ke arah Rose yang tidak sedar namanya dipanggil.

Sehun menoleh. Dirinya terpaku seketika kerana terpukau dengan kecantikan yang dimiliki Rose itu. Wajah pucat, warna mata yang biru, bibir yang nipis dan berwarna merah serta rambut merahnya membuatkan Sehun terpikat.

"Sehun! Sehun!"Chanyeol melambaikan tangannya di hadapan muka Sehun untuk menyedarkan Sehun dari lamunannya Terhadap gadis itu.

"Chan,"kata Sehun.

"Apa?"tanya Chanyeol.

"Aku dah jatuh cinta,"kata Sehun sambil menutup mulutnya.

"Hah? Hmm...Hah hah hah hah,"Chanyeol terus ketawa terbahak-bahak sambil diikuti Scorpius, Jungkook dan Tao.

"Sehun! Kau dah jatuh cinta?"kata Tao yang sibuk menahan ketawanya.

"Tak! Tak! Aku cuma-"lidah Sehun terhenti. "Ada aura-aura cinta yang datang dalam hati aku ni, aku nak halau tapi benda tu degil sangat."

"Pfft! Sudah-sudahlah dengan lawak merapu kau tu, Hun!"Tao masih ketawa sehingga mengalirkan air mata.

"Hahaha! Sehun! Aku rasa inilah lawak kau yang paling merapu pada 2019 ni!"kata Tao.

"Oh...Sehun! Nama kau pun awal-awal lagi dah lawak! Hahaha!"Chanyeol juga ketawa.

"Ish, korang ni! Tak habis-habis nak sindir aku!"kata Sehun dengan muka yang monyok.

"Oh jadi selama ni kau nak cuba rampas Rose aku?"tanya Grayson dengan nada yang garang. Penumbuk kosong dikepalkan.

"Eh eh taklah!"Sehun tersengih sambil melambaikan tangannya di hadapan Grayson.

"Dah! Dah! Sekarang pukul 5.45 petang. Bagus kita bersiap,"Lily yang melihat jam di tangan kirinya terus bangkit dari tempat duduknya dan mengambil jubah Hogwartsnya.

"Betul cakap si Marmalade ni. Baik aku pergi bersiap sekarang. Ta ta!"kata Chanyeol kepada mereka semua.

Lily, Chanyeol, Sehun dan Tao keluar dari petak itu untuk menukar pakaian mereka.

"Hmm...nampaknya tinggal kita berdua lagi di sini,"kata Grayson.

"Saya pun nak pergi tukar pakaian,"Rose mengambil jubah sekolahnya dan turut keluar dari situ.

Grayson mengeluh lalu memakai mantel pengembaraan Gryffindornya. Dia terus duduk di situ sehingga mereka semua sudah masuk.

~~~

Selepas Lily selesai menukar jubah Hogwartsnya, dia berjalan melalui koridor di keretapi tersebut. Kemudian,dia ternampak dua orang pelajar lelaki tahun pertama yang berlari sepanjang koridor itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now