D-Day

5.1K 278 47
                                    

"The best things happen unexpectedly.."

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"Shoot!" seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan SPM beberapa minit je lagi menyatakan gelisahnya dengan menyebut cuss wordskata kesat  yang diubah kepada perkataan yang lebih..sedikit 'appropriate'.

"Apa beb diorang nihh? " jarinya laju mengskrol ke bawah skrin telefon pintarnya. Matanya pula sibuk membaca segala ayat 'good luck SPM's candidates~' dan ada juga ayat yang dissed; sindir SPM's candidates yang di'ucap'kan oleh para senior lepasan SPM.

Sedikit sebanyak ayat-ayat itu ada yang menaikkan amarah pelajar perempuan ini dan ada juga yang membuatkan dia bertambah nervous atau gelisah. Well gurl, scrolling your phone before taking a big exam is never a good idea.

"Okay, peperiksaan pertama subjek Sejarah Kertas 2 akan bermula lagi 7 minit. Semua pelajar diminta berkumpul di dewan ini dan tidak boleh pergi ke mana-mana termasuklah toilet lagi." umum seorang cikgu perempuan secara tiba-tiba.

"Anis..hang dah sedia? Fuhh, tak sangka hubungan kita berkekalan sehingga ke hari ini. Ecewahh. " kata seorang lagi pelajar perempuan yang memanggil nama rakannya sambil memasukkan beg yang telah dizip ke dalam loker.

Si Anis ni pula; yang skrol some things tadi tulah, masih dengan phone-nya, mata ralit menatap skrin yang brightness-nya telah diturunkan kepada 0%.

"Aishh--jinjja (for real)..budak ni tak layan aku." rakannya Anis ini hampir sahaja cursed dalam bahasa lain iaitu Korean. Dia pun pantas mengunci lokernya dan menyimpan kunci tersebut di--hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.

"Eyhh, tepilah! " badan Anis ditolaknya kasar.

Kepala si Anis terhantuk perlahan pada dinding loker lalu lantas dia mematikan telefon pintarnya. Sudah tiba masanya, fikir dia. 

Yep, di tahun ini, kita dah boleh bawa phone pergi sekolah harian. Smh.

Segala barangnya pula dicampak masuk ke dalam loker termasuklah phone-nya tadi, hanya peralatan tulis yang telah dimasukkan ke dalam poket baju kurung sekolahnya. Seboleh-bolehnya lah kalau boleh dia nak sumbat masuk dalam poket tuh.

"Farra, jom diri depan tu ngan aku." dengar sahaja ayat itu,  Anis terus memalingkan mukanya. Ternampak kelibat seorang pelajar perempuan bernama Hamani Nadia sedang menarik lengan rakan baiknya iaitu Farra- tadi yang memarahi Anis, cakap bahasa Korea aka dak kpoperz-.

Apa lagi, dia terus bertindak seperti lipas kudung sehingga terjatuh kuncinya apabila dia hendak mengunci lokernya itu. Kunci tadi pun diselukkan sahaja ke dalam poket baju kurung sekolah yang dipakai. Kan dah kata dia kalau boleh nak sumbat semua benda dalam poket baju dia.

"Hoi! Tunggu aku! " Anis lantas mengejar mereka berdua yang sudah beratur mengikut angka giliran memasing.

Semasa dia berlari..sempat dia terdengar,

"Anis, gud luck!!"

"Break a leg! "

"Break 'your' leg! "

"Good luck weyh! "

Dia yang tengah berlari hanya mampu menganggukkan kepala, senyum, membuat thumbs up (👍), dan membuat simbol 'ok' (👌) sahaja.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now