Encounter 49

414 63 4
                                    

Selamat membaca~ ✌🏻

P.s. please stay with meh eventho this book is bored/-ing as hel—

♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️

"Apa jadi?" Ariq bertanya sambil menjenguk keadaan di belakang melalui lubang yang mendapatkan dia melihat ruang bahagian bekakang kenderaan.

Matanya pantas bertukar-tukar arah memandang mereka dan apabila Aulhaq mengangkat wajahnya untuk melihat empunya suara, dia mendehem perlahan lalu menundukkan kepalanya semula. Hendak mengelak daripada bertentang mata dengan Ariq barangkali.

'Shouldn't have angkat kepala bila kau tau tu suara dia..pandai.' bisik mindanya. Kini, kesakitan yang dialami fizikalnya diendahkan 100%. Apa yang dia rasa cumalah sakit hati akibat hal pertengkaran mereka berdua tak lama pun tadi itu.

'Tadi'..tapi dah berapa chaps dah pasal benda nih. Hahah.

Pada masa yang sama,

"Weyh, weyh, stop, stop." Anis menyuruh Az'am menghentikan kenderaan setelah matanya mengesan satu terowong gelap. Dan tak silap dia ini memang terowong highway nak ke Pahang/ melalui Pahang.

"Jalan lain takdek ke?"

"Ada. We'll go to KLIA." Az'am menghentakkan jari-jarinya di atas stereng kenderaan tersebut mengikut rentak lagu yang no one knows itu lagu apa.

"I mean, jalan lain bukan 'jalan'= cara lain." kata Anis dengan suara datar sambil menyepetkan matanya. Dia tengah tiada mood nak layan perangai lelaki ber-title-kan 'captain' kepada sebuah platun di seat driver ini.

"You're kidding me?"

"First, I am a..sorta 'kid'. Second, nah, I'm not freakin' 'kidding' you." Anis lantas membuka pintu kenderaan dan menjejakkan kakinya ke atas jalan raya dengan relanya. Mata Az'am membulat melihat tindakan Anis. Mindanya sudah mengomel macam-macam.

Tangan kanan Anis diangkat lalu membawanya ke atas mata. Nak halang cahaya Matahari dan tumpukan pandangan ke depan lah kononnya.

"Tu..lori tu..sama dengan lori kita..? " dia bertanya kepada Az'am yang masih di dalam kenderaan.

Az'am mengangguk sekali dan memfokuskan matanya ke arah kenderaan yang nampak macam sengaja disadaikan di hadapan bahagian tengah terowong ini.

"Aku nak pergi tengok." kata Anis lalu mencapai handgun miliknya. Az'am tidak merespons apa-apa, sebaliknya dia bersiap-siap untuk turun sekali jikalau ada apa-apa berlaku pada subjek misinya.

Anis berjalan perlahan ke arah sebuah lori yang hampir sama jenisnya dengan kenderaan yang mereka sedang naiki tatkala ini. Lori askar itu terparkir kemas tepat beberapa meter jauh dari permulaan masuk terowong.

Sampai sahaja tepat di hadapan bahagian belakang lori tersebut, Anis sedar bahawa lori itu, enjinnya hidup, dan.. ada orang di dalamnya.

Dengan kiraan satu, dua, tiga di dalam hati Anis, dia pun membuka pintu bahagian belakang itu dengan sekali tarik.

Handgun pantas diacu ke arah tiga orang lelaki yang salah seorangnya sedang membalut lengan salah seorang lagi lelaki manakala seorang lagi lelaki hanya membuat ekspresi terkejut.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now