Alt song:
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
"Nak buat macam mana..kat Malaysia ni memang dah kekurangan air." kata Ariq, pasrah.
Bukan apa, air terjun tadi memang cetek benar, langsung tak deras sebab apa? Sebab air yang 'terjun' tu pun bukan banyak mana.. hidupan akuatik? Satu pun dia tak nampak. Even airnya terasa panas yang lain macam. Sekarang, apa yang perlu mereka semua hadap ialah.. waktu tengah hari di dalam hutan hijau yang tiada banyak pun warna 'hijau'nya.
Bayangkan, betapa teruknya mereka bermandi peluh sekarang ini.
"Ya Allah.." Dayang terjatuh melutut. Serius dia rasa macam lututnya nak tercabut gitu. Dirinya pula terasa lemah sangat.
"Dayang..awak ok tak nih?" terus sahaja rakan-rakannya mengerumuni dirinya.
"Jangan dekat dengan dia sangat. Dia perlukan udara." Bellerina menolak perlahan tubuh-tubuh rakannya. Mereka yang faham dan berfikiran rasional lantas menjarakkan sedikit diri memasing dengan diri Dayang.
Bellerina menyentuh tubuh Dayang dan cuba mendirikannya. Tetapi ternyata dia terjatuh semula dan kali ini dia rebah terbaring di atas rumput kering yang terkena sinaran cahaya matahari.
"What's going on back there?!" laung Az'am dari arah depan sekali.
"Come on, gais. Kita tak boleh waste banyak masa. Lagi banyak kita jalan non-stop, lebih cepat kita sampai." Daffa berbisik dan memandang gadis-gadis remaja itu seorang demi seorang lalu berjalan meninggalkan mereka sekolompok di belakang.
Sampai sahaja giliran Aulhaq yang nak jalan melepasi mereka, dia memberikan pandangan tajam khas buat mereka semua. Sempat juga dia berhenti di sisi Husna dan berkata, "suruh kawan kau tu cepat sikit. Jangan banyak fae'al (bahasa pasar for 'perangai' but real meaning in arabic is just 'act'/verb in english)."
"Aku tahulah!" Husna melirikkan matanya pada Aulhaq. Aulhaq berjalan pergi dengan muka annoyed-nya. Time bila je Aulhaq tak annoyed. Hanisah hanya perhati mereka berdua dengan pandangan sayu lalu dia berdehem kecil untuk menghilangkan segala fikirannya tadi.
Dia pun melangkah perlahan ke arah Dayang. "Dayang, cepat naik atas kita. Kita takleh nak susahkan diorang. Nanti diorang tinggalkan kita." Fatin memandang Hanisah dengan muka yang sedikit terkejut. Hatinya luruh dan pandangan sayu sahaja dia mampu berikan. Sanggup Hanisah nak piggy-back Dayang sepanjang perjalanan nih?
"Dayang..bangunlah. Minum air ni sekejap." Fatin memujuk Dayang untuk bangun. Dengan slow-mo-nya, Dayang bangun dan meneguk sekali-dua kali air yang diberikan oleh Fatin.
"Hurm..badan awak panas nih..time ni lah nak demam." Fatin berkata perlahan, at the same time buat rakan-rakannya yang lain risau pula fasal keadaan Dayang.
"Eh korang, kenapa nih??" Anis dan Jihah menyerbu mereka semua.
"Ya Allah, Dayang!" Jihah memapah sebelah tubuh Dayang bagi dia dapat berdiri dengan stabil. Terasa haba daripada badan Dayang pada tubuhnya.
"Takpeh..korang gerak je dulu. Dayang, cepat..sebelum kita ubah fikiran." Hanisah berkata dengan posisinya sudah bersedia untuk piggy-back Dayang.
Anis memandang mereka tak terkata. Empangan air matanya mula menunjukkan tanda-tanda nak roboh lagi. Dengan ini, dia memusingkan badannya dan berlari anak ke hadapan, meninggalkan rakan sekelasnya yang baik-baik itu di situ tanpa bersuara apa-apa.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Ciencia Ficción⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...