♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨"Weyh..aku ada idea gila." Az'am tersenyum senget dengan kedua-dua tangannya masih di atas stereng kenderaan.
Anis yang sedari tadi berdiam diri sambil matanya merenung jalan raya yang kosong tersebut terus berpaling ke sebelah memandang Az'am.
'Gila..' hatinya membisik.
"Apanya?" dia melayankan sahaja si Az'am itu..
"Kita singgah KLIA jom." Anis menegakkan badannya. Kedua-dua matanya turut dibesarkan. Ternyata idea itu memang gila.
"Alah mana tau ada kapal terbang lagi ke boleh guna and ada orang.." now, dia really kedengaran macam bukan seorang pak cik yang umurnya nak dekat 30 tahun.
"Kau memang dah tak betul ke cane?" Anis membetulkan tudungnya kemudian memandang hadapan semula sambil membetulkan posisi duduknya.
"Bukan dah kata ke dalam berita..KL merupakan salah satu negeri yang dah terjejas sepenuhnya..ish.. ke sana macam kira cari ajal jugaklahh.." bahasa Anis ni memang tak boleh nak level down lagi.
"Eh? Alah takpelah..kita cek je sana.."
"Yah(hey), kalau ada apa-apa jadi cane??" hah kau, habis semua honorific dia langgar.
"Relax lahh..kau ni.." sekarang mereka berdua bercakap seperti orang Melayu.
"Yea, kalau ada apa-apa jadi kau tanggung!" senang cerita Anis ni pun ada sisi macam Aulhaq juga. Hah gitu..
"Fine..kita singgah sana..dalam sejam lagi sampai. Aku target sampai Pahang tengah hari nanti."
"Okay. Jangan lambatkan lagi masa." Anis cakap macam ada benda saja dia nak buat padahal duduk mereput je dalam kenderaan tu.
"Though..asal kau nak gi KLIA? Confirm takdek pilot punya nak bawak kita..kalau ye pun." dia membuang pandangannya ke luar tingkap di sebelahnya.
"Pft. Sape kata takdek?" Anis berpaling melihat Az'am and again mata dia membulat mendengar soalan itu. Ya Tuhan, apa lagilah mereka nih..
Tak sangka Anis bahawa Az'am boleh bawa airplane juga.
Eishh..apa lagi yang kita tak tahu nih?!
"Hahah. Ni Az'am lah, semua benda boleh."
"Pftt. I bet kau takleh gulungkan lidah or bersiul."
"Hehh." Az'am menggulingkan matanya ke atas kerana tekaan Anis antara salah satunya adalah tepat lagikan benar. Dia tidak boleh menggulungkan lidah. Yea, some say kalau tak boleh gulungkan lidah, tak boleh bersiul, tapi bukan dia. Hahah.
Anis mengetawakan Az'am secara perlahan. Selepas keadaan reda, dia pun menutupkan matanya. Cuba untuk tidur.
Beberapa minit kemudian,
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...