Gif of the cast Muhammad Izyan >> Park Jinyoung (Got7) hiding his smile..
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"I am born all ready." kata Anis dengan senyuman yang disengetkan.
Izyan pun mengenggam batang logam itu erat dan memandang ke hadapan. Dia membuka langkah mendahului Anis dan mula menuruni bukit itu dengan perlahan. Jika boleh, mereka berdua akan menyorok di sebalik suatu batang pokok yang besar terlebih dahulu untuk memastikan tiada rintangan aka 'the infected'/zombies di laluan.
Setelah beberapa minit menuruni bukit tersebut, mereka berdua akhirnya tiba di kawasan hutan yang beberapa meter sahaja untuk ke kawasan rumah Anis semula. Jantung Anis kini sudah berdebar-debar. Dia mencuba sedaya upayanya untuk tidak menghasilkan bunyi bagi setiap langkah yang diambilnya.
Hatinya juga kuat mengatakan bahawa zombie-zombie itu masih berada di sana, menunggu mangsa.
Anis yang kini berada beberapa langkah di hadapan Izyan berhenti di satu pokok yang jika berlari beberapa saat ke hadapan akan terus berada di kawasan perkarangan rumahnya.
Dia melihat tanah rumput yang dipijaknya. Dia berasa pelik buat seketika. Mindanya cuba mengingati sesuatu yang dia sendiri tidak sure apa bendanya.
"Why?" Anis tersentak dan terus memandang kanannya. "Nothing." jawabnya ringkas.
Anis menoleh ke hadapan semula. "Sir.." Izyan memandang wajah Anis kemudian melihat ke depan. Tiada apa pun. Chill.
"Kita perlukan something tajam.." sebelah kening Izyan terus terangkat. "Tunggu sekejap." Anis berkata lalu berlari anak menjauhi Izyan.
Anis berhenti di suatu kawasan tempat dahan pokok yang banyak jatuh. Dahannya tebal dan besar mungkin sesuai untuk pegangan seorang manusia. Anis mengambil dahan tersebut dan berpusing 360 darjah untuk mencari batu tajam pula. Dia harap sangat benda-benda survival seperti ini wujud di dalam hutan ini. Kalau tak sia-sia sahajalah dia tengok rancangan survival dekat Discovery Channel dan secara tidak langsung mengingati ilmu yang ditunjukkan di dalam show tersebut.
Mulutnya terus membentukkan senyuman apabila ternampak batu nipis + ringan dan mempunyai permukaan yang sedikit licin. "Aku bukannya nak buat api pun." Dia bermonolog dan mencapai batu tersebut. Dia pun duduk dan bersembunyi di sebalik sebatang pokok besar berdekatan dengannya.
Dia memulakan pemprosesan untuk menajamkan dahan pokok yang dipegangnya. "Back to the old times, nae (yes)? "
Setelah beberapa minit, dia pun membelek hasil dahan yang ditoreh bahagian hujungnya menggunakan batu tadi untuk menjadikannya tajam. Anis mengelap peluh di dahi dan bawah hidungnya. Kemudian, dia memandang atas dan melihat Matahari sudah semakin mendekati arah Barat.
Dia pantas berdiri tegak semula dan memusingkan badannya. Langkah dibuka dan diaturkannya secara perlahan ke hadapan.
Lupa nak bagitahu, dia juga berharap agar dia tidak sesat. Sesat gais.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...