♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
"Are all the vehicles ready?" tanya Az'am sambil membaca laporan yang berada dalam pegangan tangannya itu.
Nick menganggukan kepalanya sekali. "Yes, sir."
"We'll evacuate 1/3 people during the night." By 1/3 people itu sahaja memerlukan dua biji bas dan beberapa kumpulan/platun/unit askar untuk guide perjalanan.
"Yes, sir."
"We'll do it quietly, nice and slow." kata Az'am dan meletakkan laporan itu di atas mejanya. Kepalanya diangkat untuk membuat eye-contact dengan Nick.
Nick menganggukkan kepalanya sekali dan menabik sebelum dia bergerak keluar dari ruang pejabat our Major Az'am.
Dduk. Tutup sahaja pintu, Nick menghelakan nafas dan membuka mulutnya, "get the aircrafts and helicopters ready. We'll start tonight." katanya kepada orang-orang bawahannya melalui alat komunikasi yang melekat pada kolar suit hitam yang dipakainya.
⚠️⚠️⚠️
"Belle!" Jihah berlari anak mendapatkan Bellerina yang berada on the other side of the castle yang supposedly dia kena perhati pergerakan askar di luar istana.
"Awak nampak, dengar semua tu?" Bellerina menganggukkan kepalanya laju. Matanya langsung tidak memandang Jihah. Jihah juga tidak memandang Bellerina semasa bertanya. Ini kerana situasi di luar tingkap kaca itu lebih menarik untuk diperhati daripada muka masing-masing. Lol, jk.
Mereka berdua sedang melihat situasi di mana ramai askar sedang mara, bergerak menuju ke luar pagar istana. Ada yang bergerak dalam barisan serta senjata dalam tangan dan ada yang menaiki lori askar. Paling penting, telinga mereka juga menangkap bunyi tak lain tak bukan, helikopter.
"Aw-Awak pergi bagitahu Ufairah.. kita tunggu dan check sini." kata Bellerina kepada Jihah. Jihah hanya membalasnya dengan anggukan.
Dengan itu, Jihah pun membuka langkah seribu menuju ke biliknya. Sempat dia mengerling jam tangan semasa berlari dan mendapati sudah masuk pukul 8 tepat malam. Sekejap lagi pula akan berlangsungnya sesi makan malam.
Tuk, tuk. Pintu diketuk dulu sebelum dipulas laju tombol pintunya. Jihah menguak luas pintu tersebut lalu cepat menutupnya kembali. Sumpah kelam kabut gila dia dibuatnya.
"Korang!" semua tersentak dan ada yang terkejut sampai terlanggar besi katil dua tingkat itu.
Anis yang sedang memerhati tingkap yang ditutupi langsir itu turut memandang Jihah dengan pandangan yang tertanya-tanya kenapa. Sebab dia pilih Bellerina dan Jihah untuk menjadi pemerhati ialah.. mereka berdua mempunyai deria yang tajam, terutamanya mata mereka. Bellerina juga lebih bijak menghadam situasi manakala Jihah cepat catch up dengan apa yang diberitahu kepadanya. Senang cerita, mereka berdua perfect jika bekerjasama secara duo.
"Tadi kitorang nampak ramai gila askar jalan ke luar gate. Lori-lori askar pun sama. Paling gempaknya, ada helikopter!"
"Ahh, tu bunyi tadi!" Hanisah berkata lalu menepuk perlahan bahu Rabiyatul. Rabiyatul pula mengiyakan Hanisah kerana dia turut mendengar bunyi itu walaupun ianya sayup-sayup kedengaran.
"Now apa patut kita bua—"
Tuk, tuk. "Dinner!"
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...