Encounter 59

365 54 4
                                    

I dunno if the gif above works.. but she's ca.st kepada Rabiyatul yang tengah frust+sad+marah/geram.

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"Korang!! Korang, korang! Lari!!"

"Eh..tu bukan geng..Fatin ke?" kata Farra setelah mengecilkan kedua-dua matanya. Orang rabun or confused kan..biasalah.

"Lari!!" jerit mereka apabila semakin mendekati Farra serta yang lain. Majoriti memasing tengah mengelamun dan tercegat. Apa lagi..

BAAMM!

Terasa deruan angin menerpa Farra dan begitu juga dengan yang lain.

Anis yang sedari tadi melayan lamunan-lamunannya bangkit ke realiti dan pantas menarik lengan Farra untuk memulakan larian dahulu. Sejurus itu, barulah mereka yang lain turut sedar ke alam realiti dan berlari bersama mengikutinya memasuki kawasan selepas tol tersebut, iaitu, Gambang di negeri Pahang.

"Sini, sini!!" jerit Az'am yang memecut laju ke depan, ke arah sebiji rumah besar yang berada di tepi-tepi jalan raya.

Takkanlah nak lari terus sampai ke destinasi pula kan..?

Tanpa memastikan kawasan sekeliling selamat atau tidak, tombol pintu yang dicapai tangannya lantas dipulas. Az'am langsung tidak hairan apabila dia mendapati pintu tersebut tidak berkunci. Pintu dibiar terbuka sementara menunggu mereka yang masih tengah berlari agar masuk ke dalam rumah.

Cukup sahaja bilangan mereka semua, pintu ditutup rapat dan seterusnya dikunci. Segala tingkap yang ada di dalam rumah itu ditutup berserta langsirnya.

Selepas itu, dia berjalan melihat sekeliling takut-takut ada zombies tu ke kan.. Tapi setelah diyakini tiada target-nya, Az'am duduk melepaskan lelahnya. Nasib rumah ni satu tingkat je, cuma extra besar sedikit.

"Mana Zayne?" tanya dia sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Baru teringat kewujudan Zayne di antara mereka agaknya.

Geng Fatin yang menyuruh mereka semua lari tadi terus membuat muka cuak dan masing-masing berasa ragu-ragu dan tidak tahu bagaimana atau dari mana untuk memulakan cerita yang sebenarnya; mengapa mereka berlari. Atau dah memang obvious sebab zombies kejar.

"D-dia..d-dah..takdek." Husna bersuara.

"Takdek?"

"Something happen tadi.." suara Husna kini bergetar disebabkan takut melihat Az'am menyoal sebegitu.

"Jangan marah dia..kitorang tak exp-"

"It's okay. Aku faham. That's his mission." Az'am memotong kata-kata Fatin yang cuba nak back-up rakannya itu. Mukanya yang tadi kedua-dua keningnya hampir bertaut disebabkan keliru dengan kata-kata Husna berubah normal. Macam..dah biasa dengar ayat-ayat sedemikian.

Fatin mengangguk perlahan dan memandang mereka yang lain dengan muka lega. Lega sebab tak jadikan situasi tegang + awkward.

"Weyh, penat sia..lari-lari nih.." kata Daffa sambil menaik-turun-kan kedua-dua bahunya seterusnya stretch-kan lengan dia. Usai itu, matanya beralih memandang rakan-rakannya yang berada di sekelilingnya.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now