Love is in the air pt.3
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
DAY 21
"Talking.. about changing.." Anis menjatuhkan pandangannya pada beberapa kotak yang tersusun di atas lantai berdekatan dengannya dan.. Fatin.
"Yeap. We're gonna do a lot of changing around here since we don't know for how exactly long we're gonna stay here." kata Az'am yang baru tiba sambil bercekak sebelah pinggang.
"Y'think we're gonna stay here forever?"
Anis beralih memandang Fatin dan mengangkat sebelah keningnya. Jarinya dibentukkan seperti pistol lalu dibawanya ke bawah dagu. "Until death.. does us apart~" Fatin terus meledakkan ketawanya kerana nada yang digunakan oleh Anis sangat menggelikan hatinya.
Az'am yang melihat itu hanya tersenyum dan menjatuhkan semula tangannya. "Mana Izyan?"
"He is.. still.. bersiap... maybe." Anis turut menjatuhkan tangannya dan mindanya mula menerawang memikirkan satu per satu perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku sementara mereka semua berada di sini.
"Huh, guess who make him stay up late at night everyday?" Az'am berkata dengan nada sinis lalu melirikkan matanya ke arah Fatin. Fatin membalas pandangan Az'am lalu melirikkan mata ke arah Anis.
Anis tersentak dan menudingkan jarinya ke arah dirinya sendiri. "Ak-Aku?" agak terkejut tetapi bila difikirkan balik, ya tak ya juga. Somehow assumption: dia boleh tidur bila ada Izyan itu menjadi suatu mindset baginya. Tak pernah terfikir pun dia kalau-kalau itu sebenarnya hanya menyusahkan Izyan. "O-Ouh.."
Tiba-tiba bahu Anis ditepuk perlahan memaksa Anis mengangkat wajahnya secara refleks. Terlihat Fatin memaparkan senyumannya yang membawa aura positif kepada orang lain juga itu. Ini membuatkan Anis tidak sanggup buat Fatin menunggunya lama-lama untuk membalas senyuman.
"It's okay. That's proved he cares about you, always." Fatin melebarkan senyumannya . Kepalanya dilentokkan ke tepi sambil kedua-dua mata dikerdipkan beberapa kali, untuk menunjukkan betapa ikhlasnya dia dan senyumannya itu ketika berbicara.
"Right.." and.. Anis couldn't be any more grateful kerana Izyan hadir dalam hidupnya. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang ada di sisinya sehingga kini.. dan yang sudah tiada, meninggalkan hanya sekadar nama serta kenangan.
"Okay. Jom.. angkat nih! Since you're both a bit special.. leave any problems to me." Az'am sempat meng-wink sebelum dia berjalan ke hadapan mereka berdua. Tangannya pun diregangkan untuk mengambil kotak tersebut. Entah isi apa mereka tidak pasti, yang mereka tahu ianya pasti barang yang berkait dengan 'program' yang akan dijalankan dan sering diperkatakan itu sejak akhir-akhir ini.
"Wait.. Fairah.. tangan awak..?" Fatin berpaling melihat Anis dengan tangannya memegang erat kotak yang boleh tahan besar dan berat itu.
"Ermm?" mata Anis jatuh untuk memandang dirinya. Sejujurnya, dia tidak rasa sakit lagi sejak seminggu yang lepas. Seperti ajaibnya, tangannya terasa telah sembuh, hanya meninggalkan parut. "Kita rasa.. okay je—"
"Definitely not okay." tang dari mana Nick muncul dan terus mengambil kotak dari tangan Anis. Kotak yang dipegangnya beralih tangan.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...