Part 1:03:47 WARNING ⚠
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
Ddup, ddup, ddup.
Kelihatan figura Anis dan Nick berlari bersama dengan Ariq dan Daffa dari jauh lagi. Mereka berempat kini menghampiri tempat mereka yang lain bersembunyi.
"Korang!" jerit Ariq setelah tiba.
Mereka yang sedang bersembunyi di bawah suatu tembok di ruang luar bahagian belakang istana itu berpandangan sesama sendiri lalu keluar dari tempat persembunyian tersebut. Aulhaq masih dengan muka smug-nya manakala mereka yang lain tersenyum dan menghembuskan nafas lega kerana semuanya masih baik sahaja.
"M-Mak kau weh?" tanya Farra perlahan dan matanya mendarat pada lengan Anis yang dipegang erat oleh sebelah lagi tangannya. Satu cebisan kain lain juga terlihat diikat mengelilingi satu bahagian spesifik di lengannya itu.
"Aku tak..aku tak jumpa dia." kata Anis tanpa membuat eye-contact dengan sesiapa.
"Cepat! Gerak, kita tiada banyak masa!"
"Se-sekejap! Husna?!" jerit Fatin dalam kekalutan mereka yang baru hendak membuka larian itu.
Semua terhenti dan again, berpandangan antara satu sama lain sebelum akhirnya melihat Anis yang sedang membatu dan merenung lantai. Sesungguhnya mereka tidak pernah melihat Anis sebegini. Seperti selalunya Anis akan cuba juga untuk mencari jawapan walaupun dia terpaksa menipu atau tergagap dan bukannya Anis yang berdiam diri kerana tidak mampu untuk menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya.
"Ufairah?" suara Fatin yang crack sedikit itu tatkala dirinya berasa sebak secara tiba-tiba membuatkan Anis yang sedang menundukkan wajahnya itu terjatuh setitis air matanya.
Fatin beralih memandang Daffa dan Ariq. Daffa turut tidak membuat eye-contact dengan sesiapa, hanya Ariq yang berani memandang mereka semua straight in the eyes. Ariq dengan perlahan menggelengkan kepalanya dan cuba menyimpulkan satu senyuman walaupun hatinya berasa sangat sedih dan sebak. Matanya pula menjadi berair tatkala dia merenung dalam mata Fatin yang seolah-olah memahaminya dan merasakan perasaan yang sama sepertinya pada saat ini. Apabila dia mendaratkan matanya pada Aulhaq yang berdiri di sebelah Izyan itu, kelihatan mata Aulhaq juga seperti diselaputi kaca, riak pada wajahnya menunjukkan dia terkejut. Sesungguhnya, hati dia berasa sangat sangat sakit pada ketika ini.
"We have to go." Nick di sini menghancurkan mood dan menolak belakang tubuh Anis perlahan bagi menyuruhnya bergerak dahulu. Anis pun berlari ke arah kenderaan yang dikatakan oleh Nick semasa berlari tadi.
Tiba di ruang parkir kenderaan tersebut, dia terus membuka pintu hadapan dan memasukkan dirinya ke dalam perut kenderaan. Ianya sebuah mini van berwarna hitam gelap. Nick yang tiba sesaat selepas Anis di van itu, membuka sebelah pintu tempat duduk Anis, iaitu the driver seat lalu pantas jarinya menekan suatu button. Enjin mini van ini pun hidup.
"Faster!" jeritnya dari hadapan sambil melihat keadaan di belakang melalui rear mirror yang tergantung di atas bahagian depan kenderaan itu.
Kreeek. Dum! Dengar sahaja bunyi pintu kenderaan yang di-slide tutup, pedal minyak dipijak ganas oleh kaki Nick lalu dipecutnya mini van itu.
Namun, takkanlah semudah tu. Keluar sahaja dari pintu istana, terdapat banyak zombies yang mengejar mereka dan ada yang berlari masuk ke dalam istana. "Hold onto something!" jerit Nick lalu merempuh zombies yang mengejar dan menghalang laluan di hadapan mini van yang dipandunya ini.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...