Encounter 31

486 68 0
                                    

1. OKAY AUTHOR DAH HABIS PT3

2. AUTHOR DONT FREAKIN' KNOW WHY DARI HARITU LAGI NAK UPLOAD GIFS TAK BOLEH. MENCABAR KESABARAN BETUL.

3. SAJE NAK BAGITAHU AUTHOR TUKAR CAST ANIS UFAIRAH KEPADA SEO YE-JI. SO YEAH, DIA ADA DALAM HWARANG DENGAN LAWLESS LAWYER BAGI SIAPA YANG LAYAN KDRAMA. DI ATAS TUHAH GAMBAR DIA.


♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

" 'Tak sangka tempat macam ni wujud lagi.' " Anis mengulang kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Farra sebentar tadi.

Dia kemudian mengeluh perlahan. Siling gelap yang diakibatkan lampu bilik yang telah ditutup direnungnya. Semua orang kini sedang tidur kecuali..well, Anis. Entah bagaimana, geng Anis (ofcoz kecuali Izyan) dapat menetap di bilik yang sama dengan geng Fatin. Pft, itupun sebab Anis paksa captain tu suruh dia masukkan diorang ke bilik yang sama.

Lol.

"Heihh.." dirinya yang tidak dapat tidur itu berasa begitu letih. Letih kerana tidak dapat tidur dan bukannya sebab tidak tidur.

Ada beza tau!

Dia pun beralih ke posisi duduk. Selepas itu, dia memandang ke sebelahnya. Terlentok ke sisi kepalanya melihat Farra yang tidak adalah tidur lasak mana cumanya selimut milik Farra kini di bawah tapak kaki Farra dan bukannya berada di atas badannya. Anis dengan penuh nilai moral dalam diri-eh ceyh, menarik selimut itu ke atas tubuh Farra semula.

Matanya memandang ke sekeliling pula. Dirinya somehow terdetik untuk berdiri dan bergerak ke arah tempat di mana Nadia baring; tidur. Ni baru tidur lasak.

Anis membongkokkan dirinya sedikit dan mengangkat tangan Nadia yang berada di atas dahi Raudhah ke sebelah diri Nadia kembali. Kaki kanannya pula dialihkan elok dari atas perut Rabiyatul turun ke tempat asal. Selimut turut dinaikkan sehingga paras dada. Tah apa-apa jelah diorang nih..

Semua geng Anis perlu tidur di atas lantai manakala geng Fatin conquer katil seperti keadaan sebelum ini.

Anis berdiri tegak semula lalu mengatur langkah ke arah pintu bilik. Dia berfikir sejenak, patut atau tidak dia keluar dari bilik nih?

Tudungnya yang berada di rak sebelah pintu itu lantas dicapai lalu terus disarungnya. Dia langsung tak melihat penampilan dirinya di dalam cermin seperti kebiasaannya. Dia nak hidup udara fresh je buat masa itu. Fikirnya, siapa je ada waktu lewat sebegini selain askar di luar rumah?

Anis membuka pintu tersebut tetapi didapati pintu tersebut berkunci. Tanpa sedar, dia menggulingkan matanya ke atas. Sudahlah dia tidak punya apa-apa benda atau--

Smirk. Dia berlari anak semula ke tempat Nadia dan menarik sesuatu dari rambut hitam mengurainya. Rambut Nadia ni panjang dan tebal sampaikan kalau dia ikat sambul sebab nak pakai anak tudung kena pakai bobby pins banyak gila bagi tak senang jatuh. So, faham-faham jelah.

Selesai je ambil bobby pin tersebut- tanpa minta izin tuannya ofcoz, dia bergerak semula ke pintu bilik tersebut.

Anis menukar sedikit bentuk bobby pin yang asal dengan merenggangkan sedikit bobby pin tersebut. Sakit wooa jari. Then, apa lagi, dia memasukkan bobby pin yang telah diubah suai sedikit itu ke dalam lubang kunci. Dengan sekali pulas je, pintu itu berbunyi--kltak sekaligus dia dapat membukanya.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now