Love is in the air pt.1
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
DAY 15
"Huhh..nampaknya dia makan lagi dengan Izyan..tuh." mulut Jihah memuncung ke hadapan. Sesekali matanya melihat ke arah Anis dan Izyan yang sedang duduk jauh daripada mereka dengan lunch tray atas meja.
"Chill lah.. She needs time." Hanisah menepuk perlahan bahu Jihah dari bahagian tepi. Kemudian, dia menyambung menyuapkan sudu berisi makanan tersebut ke dalam mulutnya.
"Huaa.. Awak tahu tak, kita nih— Kita dah banyak kali nangis sebab dia tahu tak!!— Hati kita.." Jihah dengan overdramatic-nya. Hanisah hanya tersengih dan ketawa kecil. Sebelah tangannya sibuk mencapai cawan berisi air mineral lalu meneguknya perlahan untuk elak daripada tercekik.
Fatin yang mendengar dan melihat telatah mereka berdua itu menggelengkan kepala tanpa sedar, tetapi masih fokus dengan makanan di atas meja. Tangannya sekejap beralih ke atas meja, sekejap di atas tubuhnya. Entah apa yang dia buat rasa tak senang duduk pun dia tidak tahu. Mungkin juga kerana terlalu banyak benda yang dia difikirkannya sekaligus dalam mindanya.
"Urmmh kenyang gila aku! Errk—" Nadia menekan perutnya menggunakan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menutup mulut ketika dia sendawa.
Rabiyatul yang duduk di sebelahnya meng-roll-kan mata. Jujur kata, hatinya masih luruh dengan apa yang baru lepas berlaku. Apabila difikirkan keadaan rakan baiknya yang ada dengannya sekarang, Anis.. Anis yang menjauh, itu fikirnya. Bertambah-tambah sayu hatinya dibuatnya.
"Oi.. termenung lak. Makan lah cepat. Aku nak pi buang dah pinggan nih." tegur Nadia tatkala dia perasan mata Rabiyatul yang tetap memandang satu arah walau mulut masih bergerak untuk mengunyah makanan.
"Err—Ah.. tunggu aku." cepat-cepat Rabiyatul menyuapkan makanan, satu demi satu suapan dia ambil dan akhirnya licinlah pinggan itu.
Mereka berdua berdiri dan meminta diri kepada Fatin dan yang lain-lain untuk membuang pinggan polisterin kemudian hendak ke bilik. Fatin hanya mengiyakan dan memberitahu mereka akan kembali ke bilik sebentar lagi.
"That's fast. But.. I'm done too.. and.. there's nothing to do.." entah kenapa suara Bellerina kedengaran sangat sayu di telinga mereka yang berada di situ. Matanya tiba-tiba mendarat pada figura Anis yang tengah duduk sambil makan di sebelah Izyan jauh di hadapan daripada keberadaan mereka.
"Jom jalan-jalan Belle!" Jihah yang terperasan arah pandangan Bellerina cepat-cepat bersuara dengan nada yang kedengaran agak riang.
"Eo? Nak ikut jugak!" walau Hanisah sure yang Jihah berkata itu untuk distract pemikiran Bellerina, fikirnya, tidak salah kalau nak join juga, kan, alang-alang.
"Jalan-jalan? Hmm.." Bellerina berjeda, berfikir jika patut atau tidak dia bersetuju. Fikir punya fikir, dia pun membuka mulut dengan senyuman yang terukir di hujungnya.
"Jom!"
"Right, korang pergilah makan angin.. pantai depan tu cantik tau! Kita.. kita nak masuk bilik, tidur."
"Huooah.." Dayang menutup mulutnya dan memandang wajah Fatin dengan mata yang kelihatan kuyu sedikit. "Kita ikut Fatin." katanya malas dan berdiri untuk ke tempat buang sampah.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...