Encounter 47

382 61 1
                                    

Lagu yang terlintas di fikiran author semasa edit chapter ni >< versi instrumental (non-official)

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"Kita kene gi mana nih??"

"Sssh..perlahan sikit." balas Aulhaq.

Mereka bertiga berlari anak memasuki salah satu pencakar langit yang masih berdiri teguh di antara bangunan-bangunan lain yang telah hancur roboh; jatuh ke atas jalan raya.

Terdapat banyak ketulan batu konkrit besar yang menghempap kereta-kereta yang terparkir di bawah bangunan dan bermacam-macam lagi keadaan yang sangat rumit untuk digambarkan. Keadaan di sini sekarang tidak ubah macam keadaan sezaman di World War dahulu.

Fact is, mereka sedang berjalan di atas Bumi Bandaraya Kuala Lumpur; Metropolitan city. Still the fastest grown city in Southern Asian.

Perbezaannya sekarang, lebih banyak teknologi canggih berada di sini berbanding negeri-negeri dalam Malaysia yang lain. And why is that? I don't know. How am I supposed to know?

Sekarang-masuk hari kelima krisis berlaku- yang tinggal hanyalah debu dari bangunan yang hancur dek maybe dibom sebagai suatu alternatif mudah atau juga pilihan terakhir untuk menghentikan penyakit yang sedang menular globally itu daripada terus menular ke tempat lain.

"Tak sampai lima hari kita tinggalkan bandar nih.. Apa dah jadi actually nih?" Daffa berbisik.

Langkah Aulhaq kedengaran jelas berbunyi setelah tapak kasutnya menjejak masuk ke dalam satu bangunan konkrit yang sedikit retak dinding-dindingnya. Bunyi tersebut bergema ke seluruh tingkat bangunan itu.

Aulhaq menghentikan langkahnya dan melihat sekeliling.

Sedari tadi dia langsung tak kesan atau ternampak keberadaan, bayang zombie-zombie yang masih hidup. Nampaknya, zombies ni pakar dalam game nyorok-nyorok + cak-bah orang. Ataupun, memang seluruh populasi zombie yang ada dalam negeri ini sudah mati/hancur; sama nasibnya seperti objek-objek tak bernyawa ini.

But..k'mon lah, that's almost impossible tapi still ada possibility-nya.

Selagi ada Bumi, selagi tu mesti ada creatures yang melangkah di atasnya. Sebagai contoh, Aulhaq dan gengnya.

Sementara itu,

Ariq keluar dari tandas tersebut selepas membasuh mukanya. Dia berjalan dengan muka tak puas hati ke arah kenderaan yang dinaikinya bersama mereka yang lain tadi. Tiba sahaja, dia melangkah masuk tanpa banyak bunyi.

"Mana yang lain? Kenapa lambat sangat?" tanya askar yang berjaga di situ.

"Jap lagi sampai lah tuh." jawab Ariq nak-tak-nak. Dirinya disandarkan dan kelopak matanya ditutup lembut. Cuba menjauhkan segala keserabutan dalam mindanya tatkala ini.

Kedengaran askar yang berjaga di hadapannya mengeluh.

Askar tersebut melihat jam tangan yang dipakainya bersama suit askar. Dia berdecit perlahan.

"Woi. Ikut aku." askar tersebut menepuk peha member askar yang tampak terlelap di sebelahnya. Askar yang baru hendak terlena itupun terbangun.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now