Gif di atas ialah Lucas Till cast kepada Nick.
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
"Hurh.. I have a bad feeling..right.." peluh menitis jatuh dari dahinya, "..now.."
Segala fikiran-fikiran negatif mula mengacau ruang minda Anis. Dia langsung tak boleh nak fokus dan ingat jalan balik ke bilik dia. Memang.. matiylahnak.
Bukan tu je dia rasa..
Somehow, dia rasa macam dia short of breath. Dia rasa macam sebenarnya dari tadi dia sedang tercungap-cungap. Kekurangan oksigen? Logik. Dia berada dalam ruang udara.. tapi terlalu sempit dan memang muat-muat satu badan dia untuk merangkak.
Buat seketika, mata Anis menjadi kuyu, dan jujur kata bukan Izyan puncanya. Lepas dia tinggalkan Izyan untuk kembali ke biliknya tadi, serasanya rasa ngantuk itu sudah hilang.
"Andwae (don't or lebih tepatnya can't).. Jangan..pengsan. Jebal (please-like beg)." ditabahkan juga dirinya.
Dia terus merangkak sehinggalah dia sampai pada bahagian ruang udara utama yang mempunyai kipas besar di tengah. Boleh saja dia berdiri di tengah ruang ini, tapi memandangkan dirinya saja rasa nak pitam..dia tak rasa itu idea yang baik.
"Okay..ingat balik." sesungguhnya, dia langsung tidak boleh nak ingat jalan nak balik ke biliknya. Arah..bukanlah sesuatu yang dia good at. Dia boleh drive pun sebab dia hafal jalan.
But dalam kes tadi.. dia terlalu leka dan tidak terfikir nak hafal jalan atau benda-benda yang akan menyenangkan dia nak kembali semula itu. Ish ish.. Memang betul-betul susahkan diri ehk.
"Damn.." giginya diketap perlahan. Keningnya mula bertaut, matanya dibiarkan memandang ke atas bahagian kiri. Cuba diingat betul-betul..tapi kesian. Dia memang tidak boleh nak ingat apa-apa selain jalan untuk ke bilik yang di mana dia dengar suara orang seperti pihak atasan itu.
Akhirnya, dia membuat keputusan dan ambil sahaja laluan yang seingat dia semasa dia keluar dari lorong sempit ke ruang udara utama itu, bahagian kipas besar yang mana dia nampak dulu.. since itu je yang dia ingat dalam kotak memorinya.
Dia pun kembali merangkak sambil cuba meng-refill staminanya agar tidak berasa nak pitam itu.
"Huh? I don't remember lorong nih panjang sangat.." well, actually memang panjang. Dia je yang tak tahu berapa minit dia duduk dalam lorong sempit tuh nak sampai ke ruang udara utama pukul 1 lebih pagi tadi.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...