Encounter 33

443 64 2
                                    

Muhammad Zayne >> Farid Kamil

Muhammad = yang terpuji, yag dirahmati
Zayne = bagus, perhiasan/perhiasanku

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"What? So, kita kena patah balik??" tanya Alya kepada askar yang asalnya duduk di bahagian belakang lori kini sudah beralih ke tempat duduk di sebelahnya.

Askar itu mengangguk laju.

"Okay..tapi kita kene berhenti isi minyak dulu. Tempat tu jauh..makan masa dan..makan minyak." Alya berkata dengan nada mendatar.

Askar itu mengangguk lagi. Mulutnya langsung tidak dibuka untuk berbicara. Matanya pula memandang ke luar sahaja. Bukan apa.. dia masih tidak boleh menerima sepenuhnya dengan apa yang dikatakan oleh Alya berkenaan member mereka yang lagi seorang itu sudah tiada.

Well.. Alya hampir faham perasaan mereka tatkala ini.

Sesekali Alya terbatuk kecil dan mendehem perlahan. Peningnya yang sekejap datang dan sekejap pergi diendahkan. Huh..dia kalau boleh tak nak pun fikir pasal—

"Alya..kita ke mana?" suara Dayang yang nyaring namun cukup lembut itu bertanya kepada Alya yang berada di bahagian hadapan lori askar tersebut.

"Emm..stesen minyak..pastu kita ke safe house lain. Kita kena turun Johor balik.." Dayang mengangguk perlahan dan memberitahu informasi itu kepada Bellerina serta askar di belakang yang lain.

"Okay.." respons Bellerina manakala Dayang yang bertanya tadi mula mendiamkan diri.

Dua orang askar yang berada di tempat Dayang dan Bellerina itu sedari tadi merenung lantai kenderaan yang sedikit kotor dengan rumput dan tanahnya lain. Langsung tak cakap sepatah sejak Alya memberitahu fasal member mereka yang seorang itu.

Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa menyentuh kulit Bellerina dan terus dia menggigil. Sejuk. Dia beralih sedikit ke penjuru lori tersebut lalu menyandarkan kepalanya. Mata terus dipejam. Dayang pula melentokkan kepalanya ke atas bahu Bellerina.

Selepas beberapa minit of driving,

"Okay..stesen minyak..here we come. Doa takdek bende-bende tu dalam stesen nih." Alya menepuk perlahan stereng lori. Saja..nak sentakkan askar di sebelahnya.

"Ohh..ok..ermm..ak-aku masuk dalam..cari apa yang..patut.." perlahan sahaja suara askar di sebelahnya ini.

Alya mengangguk sekali dan keluar dari lori tersebut serentak dengan askar di sebelahnya. Askar itu berjalan ke arah belakang dan menyuruh dua orang askar itu berjaga di luar lori.

Mereka hanya turuti tanpa banyak soal.

Alya menekan suatu button di tempat mengisi minyak itu dan memasukkan digit berapa liter minyak yang dia mahu untuk mengisi minyak lori tersebut. Dengan automatiknya, alat untuk mengisi minyak itu keluar dari tempat simpanannya; di dalam dinding yang perlu Alya menekan digit untuk liter minyak yang diperlukan lalu terus masuk ke dalam--

Kphew, kphew, kphew, kphew!! Wajah Alya terangkat dek refleks. Matanya menumpu ke arah dalam stesen.

Pintu stesen itu retak dan di dalamnya terdapat cahaya daripada lampu-lampu yang sekejap menyala dan sekejap tidak. Menyeramkan lagi-lagi pada waktu larut malam macam nih..

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now