Gif di atas ialah cast kepada Nadhirah Husna >> Chloe Grace Moretz yang sedang grinning; smiling.
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Nampaknya..pilihan untuk keluar dari rumah Jihah, merupakan pilihan yang--"
"Sshuushh.." mereka yang berada di seat belakang kereta terus meng-shush-kan Husna yang cuba berbicara.
Husna memandang mereka tajam. Tak pasal-pasal dirinya di-shush-kan.
"Sekarang..kita nak gi mana ni..hmm?" tanya Fatin sambil memandang belakang, ke arah rakan-rakannya yang lain berada.
Alya menghentikan kereta di bahu jalan yang lengang tanpa sebarang kenderaan mahupun benda pelik itu.
"Jalan-jalan..cari makan.." again, Husna berseloroh dengan menyanyikan lagu theme variety show yang mesti keluar kat TV3 daripada mereka bayi sehinggalah mereka semua sudah berumur 17 tahun itu.
Tipulah bayi..daripada mereka kecil sehinggalah ke besar. Muahahah.
Back to the story.
"Husnaa~!" mereka semua serentak berkata kecuali Alya yang hanya memerhati dan ketawa seorang diri.
"Apa~? Kita seriuslah!" Husna meninggikan suaranya sedikit.
Krr..prrrurr..
Semua terus tergelak. Hanya Husna seorang yang bermuka masam.
"Alalala kesiannya dia." Fatin di hadapan hanya tertawa. Senyumannya mekar menampakkan gigi putihnya yang menyinar di dalam kegelapan itu.
"Korang lapar jugak ke?" Fatin mengangkat wajahnya dan bertanya kepada mereka yang lain.
Ada yang angguk, ada yang geleng, ada yang sedang menguap.
"Then, kita ke kedai makanlah jawabnya." Fatin berkata sambil mengerling jam tangan milik Izzah yang masih kekal terpakai di tangan kanannya tersebut.
Alya menganggukkan kepalanya sekali. Dia meng-start semula enjin kereta dan menunggu beberapa saat sebelum dia menekan minyak. "Kat mana?"
"Ermm..yang pasti bukan bandar." jawab Fatin perlahan sahaja.
"Kedai apa je yang bukak memalam cam gini?" tanya Hanisah kuat. Suaranya sampai ke depan-ke belakang boleh dengar.
"Soalan apa awak tanya nih, Hanisah.." Dayang menyambung ketawanya yang terhenti seketika dek mood serius tadi.
Mereka pun tergelak sakan meninggalkan Hanisah tercengang, pelik dengan kata-katanya sendiri serta kata-kata Dayang. Otaknya tetiba tidak boleh memproses kata-kata Dayang itu.
"Ehhem..korang.." Alya yang memang sedari tadi fokus dengan jalan raya di hadapannya itu cuba mengambil perhatian mereka semua yang tampaknya sedang bersuka-ria.
Fatin yang duduk di sebelah seat Alya dengan perlahan mengalihkan pandangannya ke arah wajah Alya.
Alya langsung tidak bersuara tetapi kedua-dua matanya memandang tepat ke arah depan, tanpa dikerdipkan sekalipun. Sekali imbas lihat macam Alya sudah berubah menjadi patung lilin. Dahlah muka pun memang macam Barbie Doll giteww.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...