Encounter 21

552 69 12
                                    

Danish Dhiyaulhaq >> Lee Jong-Suk

Danish = pengetahuan, yang bijak.
Dhiyaulhaq = sinaran kebenaran.

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"Aku takkan keluar dari rumah nih!" jerit Nadia dengan suara yang memang sudah sedia lantang itu.

"Nadia..takyah lah jerit-jerit. " Rabiyatul menggoncangkan tubuh Nadia. Nadia menepis tangan Rabiyatul kuat membuatkan Rabiyatul tersentak + terkejut.

Rabiyatul tahu rakannya yang seorang itu memang mempunyai temper yang kekadang kalau boleh memang nak penampar or sepakan free. Dia melepaskan Nadia dan akhirnya bergerak menjauhinya.

"Nadia..dengarlah cakap aku--sekali ni j--"

"Are you seriously wanna bring this up again?!" Nadia menjerit dengan menambah satu oktaf lagi bunyi yang dihasilkan oleh suaranya.

"Ini untuk keselamatan korang jugak.." suara Anis pula perlahan sahaja. Dia tahu dengan menjerit, buat kering anak tekak sahaja. Dan gaduh, saling menengking bukanlah suatu pilihan yang agak pintar pada masa itu.

Anis tahu masih terdapat makhluk pemakan manusia di luar sana yang mungkin bersembunyi atau tidak tahu akan keberadaan mereka di dalam rumah itu. Nadia.. well, Nadia langsung tidak membantu dengan apa yang dia sedang lakukan sekarang.

"Kau fikir kau siapa nak arahkan itu-ini? Kau fikir aku pun takdek otak jugak ke nak fikir pasal hal nih?" berdas-das soalan yang dikeluarkan dari mulut Nadia. Das-das soalan tu serupa das-das tembakan yang zzapp ke dalam hati Anis.

Anis tetiba #deep dan sangat terkesan dengan soalan-soalan atau kata-kata Nadia. Selalunya dia tidak kisah kerana dia tahu rakan-rakannya tidak serius dan hanya bersikap sarkastik tetapi kali ini, tidak. Semuanya opposite. Semuanya nampak serius.

Anis memalingkan kepalanya memandang Farra yang berada di sebelah.

"Plus, kalau kita keluar.. tak ke sia-sia kau pergi ambil makanan kat rumah jiran kau?!"

Kepow!! Kpheuw! Pheuw! Pheuw!

Bahu Farra terhinjut dan matanya terpejam rapat dek refleks bunyi tembakan dari arah luar.

"Damnit." Anis menggigit bawah bibirnya dan kembali memandang ke arah Nadia dan mereka yang lain.

To be exact, mereka semua berada di ruang tamu. Cumanya Nadia sedang berdiri sedikit jauh dengan mereka yang lain.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now