Day 5

498 68 0
                                    

"In order to save myself I must destroy the first me I was told to be."

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"Nak patrol sampai kul bape nih?" tanya seorang askar yang sedang memandu sebuah lori askar. Yea, team askar tadi aka geng Az'am.

"Kita round sini--last. Lagipun dah past midnight dah nih. Pastu kita berhenti kat safe house di..stadium." kata seorang askar yang berpangkat bawah Az'am, iaitu Leftenan which is yang mempunyai pangkat paling tinggi berbanding beberapa askar lain di dalam lori itu.

"Wuish..tak jauh ke, leftenan? Kapten macam mana?"

"Halah..biarlah dia tu, tadi dia halau kita. Lantakkan saje. Lagipun, kat stadium kekurangan anggota."

"Oo--eeeahh!!"

Skrreiittt. Bunyi brek kereta yang dihentikan secara mengejut memecah kesunyian di jalan untuk keluar daripada suatu kawasan taman perumahan yang berada dekat dengan jalan raya utama/jalan besar.

"Apakah??" Leftenan yang berada di sebelah askar yang memandu itupun menepuk diri pemandu tersebut.

"M-manalah saya tahu!" jelas dia still in shock kerana jika pandangannya tidak silap, dia brek disebabkan ada orang yang seperti sama ada melintas jalan raya di hadapannya atau actually sedang berdiri statik. Cahaya kereta yang mengakibatkan dia silau untuk melihat dengan sama ada itu benar-benar manusia....or something else. Mueheheh.

"Hehh." Leftenan itu mendengus kasar dan terus keluar daripada lori tersebut.

Dia mengetuk beberapa kali di bahagian belakang lori tersebut menyuruh team members-nya yang lain keluar juga. Hanya untuk langkah berjaga-jaga--So, he doesn't have to die alone, basically...jk.

Tiga orang askar yang berada di bahagian belakang lori pun menuruni lori tersebut tanpa sebarang bunyi. Mereka bertiga me-loaded senjata mereka-in case- dan bergerak ke arah belakang leftenan. Leftenan itu mula berjalan dengan perlahan ke arah bahagian depan kenderaan mereka.

"Jangan tembak!! Kita kena lari!" kata seorang perempuan yang keadaannya tampak sangat mess. Tudungnya terdapat kesan kotor dan dahan serta daun melekat di bajunya yang berwarna cerah. Kasutnya pula hilang sebelah.

Terkerut seribu dahi leftenan itu dibuatnya. Belum sempat dia hendak membuka mulut, telinganya dapat menangkap suatu bunyi asing..

"Arrrghh!! Arhh!!"

"Grrraa! Grrr..grkk!"

10 minit sebelum itu,

"Takdek pilihan lain..Kita dah duduk dalam rumah ni hampir nak masuk hari kedua. Kalau kita tak lari sekarang, bila lagi??" jerit Alya dalam bisikan.

Bellerina memandangnya bersilih ganti dengan pemandangan di luar tingkap kaca yang hampir nak pecah itu. Zombies masih tidak berganjak dari kedudukan semalam walaupun bilangannya seperti berkurangan dan jarak mereka dari rumah itu boleh tahan jauh.

Tetapi jika zombies itu semua boleh berlari dengan pantas, peratus peluang untuk mereka selamat masih rendah. Tapi..belum cuba belum tahu, bukan?

Walau bagaimanapun, disebabkan perut mereka yang mula berkeroncong dan mengakibatkan tidur mereka tidak lena, semangat untuk keluar dari kabin itu dan kekal survive terus membara. Even though hakikatnya tenaga mereka telah mula berkurangan menyebabkan mereka semakin lemah kerana tidak makan sehari mahupun mendapat cahaya Matahari.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now