Encounter 86

312 43 23
                                    

♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️

"Wuooahh. Farra, mana dapat?" tanya Anis kepada Farra yang baru lepas mengayun baseball besinya ke arah kepala zombie yang berlari ke arahnya sebentar tadi.

"Ada dalam lori tadi.." jawabnya lalu menghentak lagi kepala zombie itu dengan menggunakan baseball besi di tangannya.

"Pfft.." Anis tertawa kecil mendengar jawapan Farra serta caranya menghentak kepala zombie yang tidak lagi sedarkan diri tersebut. Not in a psycho way, ofcoz. Lol.

"Apa yang kelakar?" Farra turut tersenyum sambil mengelap darah dan peluh pada mukanya.

Anis menggeleng perlahan dan sambung meng-aim satu zombie yang berlari dari jauh ke arahnya. "Ufairah!"

Ppang! Zombie itu tercampak ke belakang dan Anis pantas menoleh ke arah punca bunyi. Terlihat figura Izyan yang sedang memegang kuali leper itu sedang tersenyum ke arahnya, walaupun dalam gelap, Anis pasti dia sedang tersenyum juga.. ke arah Izyan. Pipi Anis merona kemerahan dan buat kali keduanya dia berasa bersyukur kerana sekelilingnya gelap. Asal lah bertuah sangat si Anis ini..lol pt.2.

"Come on." kata Izyan lalu dia berlari anak mendekati kapal tersebut.

"Team Bravos do—argh!" Nick menggigit bawah bibirnya.

"Thank you for your service and sacrifices for this country." kata Nick perlahan dan memanjatkan satu doa dalam hatinya kepada Tuhan Maha Esa.

"Mark!" panggil Zahran lalu mereka berdua saling menukar senjata-- Zahran kini dengan kuali leper manakala Mark memakai baseball kayu yang dijumpanya dalam kenderaan bersama baseball besi Farra.

"Girls! Cepat.." Zahran berkata dan menyuruh Fatin, Dayang dan yang lain-lain berlari ke hadapan terlebih dahulu. "Aulhaq..ke sini!"

"K-Kita tak nampak ap-arhh!" terjelepuk jatuh si Dayang ke atas papan kayu itu.

"Awak okay?" Fatin membantu Dayang untuk berdiri dan mereka sambung berlari cuma dalam kadar kelajuan yang rendah, takut jika terjatuh lagi. Tatkala mereka membuka langkah, satu zombie berlari menerpa ke arah mereka dari arah hadapan dan..

Bbang! Bang! Pistol Anis memuntahkan dua butir peluru dan membenamkannya ke dalam tubuh zombie yang kini tidak lagi bergerak di hadapan Fatin serta Dayang.

"Okay..cepat.." kata Anis menyuruh mereka berdua bergerak.

"Farra!" Farra yang masih berada di permulaan jeti menyahut dengan mengangkat tangannya tanda sekejap.

Ppang! Lalu Farra berlari mendapatkan Anis yang sudah berada di tengah laluan jeti itu.

Rabiyatul dan Nadia serta Bellerina kelihatan mendahului mereka semua or so that's what Anis fikir..

"Mana Hanisah dengan Jihah?!" Adrenalin Anis mula berderau dan dia hampir sahaja nak panik sebelum ada orang menjerit bahawa mereka sudah berada di hadapan kapal.

"Wut?!" Nadia menjerit tidak percaya. Dalam mindanya sudah berfikir bahawa cepat gila mereka tiba ke hadapan kapal itu.. tanpa terjatuh atau tersadung apa-apa?

Salah satu sebab kenapa some of them lambat sampai selain terdapat banyak mayat zombies bergelimpangan dan mereka terpaksa berlari sambil mengelak mereka yang telah mati atau masih bergerak ini--ialah mereka asyik tersadung papan kayu jeti tersebut dek tidak nampak dengan jelas di dalam kegelapan pada waktu pagi yang boleh dikatakan pagi buta ini walaupun dah nak masuk waktu subuh. Dah elok-elok tiada kesan gigitan zombies, lebam pula yang dapat.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now