Nadhirah Husna >> Chloe Grace Moretz
- Nadhirah = yang berseri-seri
- Husna = kebaikan, cantik♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
Kereta dibrek dan tubuh Fatin seraya itu terdorong ke hadapan. Inersia gais, ceit-- Ignore meh.
"Dah sampai ke? " suara orang baru bangun tidur milik Fatin kedengaran di telinga Alya. Dia seorang je yang tidak tidur sepanjang perjalanan 20 minit tadi. 20 minit disebabkan dia tidak pecut.
Sesat pun ada dia. Nak kejutkan kawannya rasa bersalah pula kerana mereka tidur dengan muka yang menampakkan mereka tidur dengan sangat lena.
"Hmm." Alya meng-hmm-kan sahaja pertanyaan Fatin. Pintu kereta itu dibuka kuncinya dan seatbelts pun sama.
Dia memandang ke seat belakang. Ikutkan hati, nak saja dia gegarkan satu kereta ini bagi rakan-rakannya semua bangun. Takpun hon ke kan..tapi bila difikirkan balik, itu namanya cari nahas.
"Korang..dah sampai. Jihah ni kan rumah awak? " Jihah yang mula mengelipkan matanya beberapa kali sebelum terjaga sepenuhnya hanya mengangguk acuh tak acuh.
Alya mengeluh perlahan dan membuka pintu kereta. Dia melangkah keluar diikuti dengan Fatin. Fatin pun melangkah dan berdiri di sebelah Alya. Mereka berdua merenung ke dalam kawasan perkarangan rumah Jihah itu sementara menunggu yang lain keluar dari perut kereta.
"Besar jugak rumah-rumah kat sini." Alya berkata setelah dia yang penat lelah sesat cari jalan dan memasuki lorong-lorong Sungai Mutiara warna lain tadi.
Fatin hanya mengangguk. Tiba-tiba sahaja dirinya berasa hairan. Kepalanya dilentokkan ke kanan. Cermin mata yang disimpan dipakai semula.
"Cahayakah yitu? Kat dalam rumah? " Fatin bertanya.
"Eh..ha a lah." Alya terus membuka pintu kereta seat belakang itu dan menyuruh mereka semua keluar dengan kadar segera.
Mereka dengan hati yang berat membuka juga mata, membawa juga diri keluar dari kereta curi/pinjam tersebut.
"Hooawhh.." Jihah menutup mulutnya. Dengan selamba badaknya, dia berjalan mendekati pintu pagar rumahnya. Macam baru balik sekolah, lol.
Pintu itu seperti yang diharapkannya, tidak terkunci.
Jihah berjalan masuk ke dalam perkarangan kawasan rumah. Dia terlihat mainan kucingnya yang bersepah di atas rumput-rumput bersih rumahnya itu tetapi diendahkan sahaja. Kucing-kucingnya langsung pula tidak kelihatan.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...