Gif cast kepada Nadhirah Husna
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
Pada masa yang sama dalam chap sebelum ni,
"Bangun.." Aulhaq menolak lembut tangan Ariq. Apabila mata Ariq terbuka, tangannya digerakkan untuk menolak lengan Daffa pula.
"Kalau kita nak gerak harini, baik gerak satu jam dari sekarang." kata Aulhaq sambil mengerling jam tangannya dan mendapati sudah pukul lima pagi. Dia tak nak lengah-lengahkan masa lagi kerana jarak KL dari tempatnya jauh.
Mereka sedang berada di Johor, I mean, bahagian bawah; paling selatan Johor. Nak naik balik tu memang payah lah; makan masa lama gila kalau bawa slow like 60 km/j.
"K~" jawab Ariq dalam mamai sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aulhaq beredar meninggalkan mereka berdua yang masih terkial-kial nak bangun dari tempat tidur tersebut.
15 minit kemudian,
"Woi! Asal tak bangun lagii?!" Aulhaq terus menyepak kaki Ariq yang sudah terbaring semula tanpa memikirkan kesakitan yang bakal dirasai Ariq. Dengan itu, sepantas kilat Ariq duduk dan kedua-dua matanya terbuka luas.
"Pi kejut perempuan tu." kata Aulhaq. Datar sahaja suaranya. Ariq hanya mengangguk dan dengan slow-mo-nya dia berdiri. Tak termasuk lagi cara dia jalan pun kalah zombie-zombie kat luar sana tuh.
Sampai sahaja di tempat Husna tidur iaitu di atas lori Hilux tu.. Ariq memanggil nama Husna dalam dua-tiga kali.. dan Husna pun terjaga.
"Siap-siap.. Kita gerak harini.." terangguk-angguk kepala Husna dalam keadaan separa sedar itu. Dia pun menuruni bahagian belakang lori tetapi dalam keadaan separa sedar ni apa-apa pun boleh terjadi, bukan?
Husna tergelincir lalu jatuh sementara sebelah kakinya tidak sempat cecah lantai garaj sewaktu menuruni lori tersebut. Ariq secara refleks-even dalam keadaan still mamai- menahan belakang badan Husna daripada jatuh. Dia dengan muka baru bangun tidurnya menayang muka orang keliru/blur.
Klise..aku tahu. Halah, bukan selalu..
Selepas beberapa saat, Husna tersentak dan sedar dirinya berada dalam dakapan seorang lelaki yang bukan underage-walaupun beza just setahun- sepertinya. Matanya membutang dan terus dia berdiri tegak, menolak Ariq jauh.
"Jangan sentuh aku!" Husna bergerak masuk ke dalam rumah meninggalkan Ariq yang terkebil-kebil mencari salahnya di mana and yep, dengan keadaannya yang still blur.
"What just happened actually.." Ariq memandang kedua-dua tapak tangannya dan berjalan pergi seperti tiada apa berlaku.
⚠⚠⚠
"Huwaaaa.." Ariq menguap sambil menutup mulutnya. "Perlu ke kita gerak pepagi buta nih?" Tanya Ariq kepada mereka yang lain. Tapi kalau anda berada di tempatnya, anda rasa anda seperti sedang bercakap dengan tunggul or worse, dinding.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...