Gambar di atas ialah Amyra Rosli iaitu cast kepada Fatin Nafiyah //
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Sini kau.." lengan Anis tetiba ditarik oleh seseorang yang sangat dikenalinya-- walau hakikatnya baru kenal dan berjumpa tempoh hari yang lalu. Dia mengerlingkan matanya ke atas tanda annoyed.
"Kau nak jumpa parents kau ke tak?" tanya Az'am dengan nada monoton tetapi pada masa yang sama nadanya kedengaran lain dari yang selalunya. Ini membuatkan hati Anis berdebar sedikit dan curious tentang apa yang Az'am baru lalui tadi sebenarnya.
Niatnya hendak melihat Aulhaq pula terbantut setelah Az'am mengiringinya ke suatu tempat lain yang nampak macam jalan keluar dari tempat itu atau mungkin ke dalam bahagian istana yang lain. Matanya ralit memandang segala dekorasi dan ukiran yang terdapat dalam istana yang telah lama berdiri gah di negeri Pahang ini. Sejujurnya, dia tidak pernah lagi menjejakkan kakinya ke atas tanah Pahang lagi, apatah menggunakan Lebuhraya Karak. Selama ni, dia hanya pernah melalui Lebuhraya Utara-Selatan kalau nak ke negeri di belah utara dan itu sudah semestinya dia hanya melalui laluan di Pantai Barat Malaysia dari yang belah Pantai Timur, ada apa je? Eh ceyh.
"The zombies outbreak has happened just a few days ago and korang dapat kumpulkan survivors sebanyak ini?" Anis gasps apabila dia dihentikan daripada berjalan di tengah-tengah satu crowd of people yang sedang duduk-duduk, berbual kosong, ada yang tidur, menangisnya lain dan..ada yang sedang makan.
Krrrur. Anis menyepetkan matanya tatkala perutnya berbunyi. Lapar.
Az'am baru hendak membuka mulutnya tiba-tiba ada suatu suara asing yang memanggil mereka berdua terlebih dahulu. Taklah asing manapun.
"Haih..jumpa pun balik! Over gilalah askar-askar tadi!" Fatin memeluk erat diri Anis yang still berdiri tegak di sebelah Az'am itu. Anis sempat memusingkan kepalanya ke sebelah memandang Az'am dengan pandangan yang memerli lalu membuka mulutnya, "over kan?" kemudian senyuman sinis dihadiahkan.
Az'am hanya membalas pandangannya dengan pandangan yang penuh menyampah. Macam manalah agaknya dia boleh stuck dengan misi sebegini. Tapi misi tetap misi, bukan?
"Mana yang lain?" tanya Anis seraya Fatin meleraikan pelukan.
"Tengah makan..kat sana. Jomlah join! Makanan kat sini luar biasa tau." mata Anis pun mengecil, bermakna dia sedang tersenyum. Dia baru sahaja nak menganggukkan kepala terus dirinya ditarik ke belakang tanpa apa-apa amaran menjadikannya hampir terjatuh.
"Tak boleh. She has an important role in this outbreak. I hope you understand our situation. Excuse us, saya kena bawa kawan awak berjumpa dengan--mak dia." Az'am berkata dengan nada mendatar tapi riak wajahnya jelas menunjukkan dia memberikan pandangan sayunya kepada Fatin. Kemudian, dia melepaskan eye-contact-nya dengan Fatin. Tah kenapa Fatin rasa bertambah-tambah sedihnya mendengar Az'am yang berkata sedemikian dan berbuat begitu.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...