I dunno whether yang di atas jadi gif ke tak.. apapun, it's a gif, cast kepada Aulhaq iaitu Lee Jong-Suk tersengih act.
So yea, saje nak bagitahu awal-awal, this chap's boring. 😂
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
"Jom gerak.. Kita tak boleh stay sini lama-lama." Az'am berkata atau sounded more like suatu arahan kepada mereka. Leader lah katakan.
"And..memandangkan tempat ni penuh dengan mayat..infected(s) nih. Kereta tak boleh lalu..kita jalan jelah." kata Az'am dengan senyuman fake dia. Nampak sangat dia pun sebenarnya tak ingin nak berjalan kaki sepanjang terowong tersebut.
Setelah dia lihat tiada respons yang diterima, Az'am bercekak pinggang dan mengeluh perlahan. "Korang, in time like this-kalau korang nak hiduplah- Korang tak boleh macam gini. Biar benda yang perit dijadikan sebagai pengajaran dan terpulanglah kalau korang nak biarkan dalam ingatan atau nak lupakan; move on. But please, berikan kerjasama." Az'am membuat pep-talk yang tak berupa pep-talk sangat pun itu. Kemudian, dia pusing 180° untuk menepuk belakang bahu Zayne seterusnya berjalan seorang diri meninggalkan semua yang lain dengan seribu satu perasaan masing-masing.
Anis mendehem dan mengangkat lengannya, dibawa dan diletakkan di atas melingkari bahu Farra. "Jomlah..no more crying." dilihatnya juga rakan-rakannya yang lain. Berbagai-bagai rupa; air muka yang ternyata pada muka masing-masing.
Rabiyatul dan Nadia mula melangkah perlahan ke sebelah Anis. "Raudhah??" tangan Anis dihulur ke arah Raudhah yang masih melayan hatinya.
Baru kehilangan kawan baik yang janji hidup semati.. siapa je yang tak sedih, bukan?
Lama jugalah tangan Anis dibiar tanpa sambutan itu, tapi berkat dia bersabarlah akhirnya si Raudhah menyahut tangannya itu. Jari-jemari Raudhah dipegang erat, hanya untuk memberikan semangat.
"Raudhah?" empunya nama pun mengangkat wajahnya secara refleks nama dipanggil. Jelas matanya merah dan mulai sembab; penyebab bengkak di bahagian bawah mata. Loll..ayat aku.
"Don't forget to smile." Anis membetukkan satu senyuman manis pada wajahnya buat Raudhah. Dengan itu, Raudhah membalas senyuman manis Anis dengan diletakkan sekali topping rainbow sprinkles. Please ignore me.
"Eo...my line." Izyan di belakang yang terdengar kata-katanya itu mencelah dalam nada sinis.
Farra yang di sebelah mengangkat keningnya. Sejak bila mereka berdua ni jadi mesra or rapat semacam sebenarnya? Fikir dia.
Anis hanya berpura-pura tidak dengar dan berjalan ke depan diikuti dengan mereka yang lain. #Anis_savage
"Arghh, arh-arh!" Aulhaq menjerit kecil dek Daffa melanggar lengan/bahu yang terkena tembakan tak lama pun sebelum ini.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...