No quotes because the whole song itself, is a quote. LOL.
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
"We'll reach her first thing in the morning."
Farra terus terjaga daripada tidurnya dan menggosok matanya perlahan. Sekeliling bilik itu gelap dan tangannya meraba-raba sekeliling untuk mencari Anis kerana dia pasti minah seorang itu tidak tidur.
"Anis?"
"Eo.." terdengar suara Anis berada di suatu sudut dalam bilik tersebut. Farra mengeluh lalu bangun dari katilnya dengan perlahan.
Dia mengatur langkah dengan penuh berhati-hati ke arah tingkap di dalam bilik tersebut. Selepas dia memastikan kedudukan figura tubuh Anis yang sedang duduk bersebelahan dengan tingkap yang diselak sedikit langsirnya, dia pun mengambil tepat duduk di sebelah Anis.
"Sekarang kul berapa?"
"Almost.. 4.. pagi." kata Anis seperti tidak bermaya. Farra merenung wajah Anis yang berada di dalam gelap itu kemudian berpaling ke luar; tempat Anis pandang.
Keadaan di luar sangat menenangkan, kini tiada lagi lori-lori askar yang bergerak ke hulu ke hilir sangat. Awan-awan yang tidak menutupi bulan dan bintang pada malam itu juga mengindahkan lagi pemandangan di sekeliling istana itu.
"Aku wonder safe house tu dekat mana.." Anis mengendahkan kata-kata Farra kerana first, dia tiada jawapan untuk persoalan Farra itu, keduanya dia tidak mempunyai mood untuk bersuara apa-apa.
"Weyh.."
"Hmm."
"Kau kata.. masa kau kene tahan tu, ada seorang lelaki ni yang.. macam jaga kau kan?"
"Yea, kenapa?" soalan Farra berjaya menarik perhatian Anis yang tiba-tiba terfikir mengapa Farra menyoal tentang lelaki itu sekarang.
"Siapa nama dia?"
"Nick."
"Eh? Orang putih ke apa?"
"Pfftt.." Anis ketawa perlahan. "Takdelah.. I think dia kacukan juga since dia ada sisi Melayu nih." giliran Farra pula ketawa.
'When it's time for the evacuation, I'll come and find you.' senyuman pada wajah Anis terus mati. Jantungnya kembali berdegup extra daripada yang ordinary-nya. Dia mengelap peluh di dahi dan memandang ke luar tingkap semula.
"Kau takut ke apa?" tanya Farra. Anis mendiamkan diri sahaja, sudah terang lagikan bersuluh dia memang tengah nervous and takut di situ, jadinya dia malas hendak merespon kepada soalan Farra.
"Heheh. Kau kan tak tidur kan.. Try lah tidur, at least dapat hilangkan sikit rasa takut tuh.." kata Farra lagi dengan suara lembutnya. Walaupun kata-katanya tidak cukup untuk mencapai roh Anis yang tengah melayang ke mana ini, still, Farra tried.
"Weyh aku ship kau dengan dia." Anis terus berpaling menghadap muka Farra sambil menjungkitkan sebelah keningnya. Fikir Anis, sejak bilalah pula Farra nih sangat pandai menarik perhatiannya tatkala dia memang tiada mood?
"Dengan siapa?" akhirnya, Anis melayankan sahaja dia.
"Dengan orang yang boleh buat kau tidur tuh..?" Farra berkata sambil tersengih senget.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...