So, author memang kpoperz. MV di atas ialah music video BTS yang berjudul Run. Click CC to read the translation atau tak nak just dengar je..cuz' I think lagu ni sesuai dengan chapter nih // wink wink //
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Dah malam dah ni, Belle..kita rasa kitorang tak boleh stay kat rumah awak.." kata Fatin dengan nada sayu.
Yep, hari siang sudah bertukar malam.
"Ehhem..ya.. Saya faham." jawab Bellerina. Sejujurnya, dia masih tidak boleh menerima kenyataan yang emaknya sudah pun meninggal dunia.
Jihah yang telah mengalami perkara yang sama dahulu hanya mampu memandang Bellerina. Dia sedari tadi hanya membisu, malas mahu masuk campur urusan hati-perasaan orang lain. Lagipun, dia tak naklah ganggu orang-orang yang sedang mengalami situasi macam ini.
We all know, people like this need some time to be alone.
Itu fikir Jihah.
"Okay, jom lah gerak.." kata Fatin setelah memandang Bellerina dua-tiga kali, hanya untuk kepastian bahawa dia okay walaupun dia tahu Bellerina deep down tidak OK pun.
"Jap, kita nak gi mana?" Hanisah bertanya. Dia menghentikan langkah Fatin yang sudahpun keluar dari rumah Bellerina.
"Err..rumah awak lah. " Fatin cuba untuk mengukirkan satu senyuman kecil.
"Oh?" Hanisah membuat muka terkejut-tak-terkejut. Setahu dia tiada pula time diorang bincang nak pergi rumah siapa-siapa.
'Mmm..aku tak rasa ada orang kat rumah aku tho..' kata hati Hanisah.
"Okay.." Hanisah akur dengan cadangan yang tak lah nak serupa cadangan sangat itu dan keluar dari rumah Bellerina bersama-sama dengan mereka yang lain.
Mereka semua berdiri di bawah cahaya bulan yang tak berapa nak terang seperti malam-malam sebelum ini. Seorang pun tidak bersuara atau bergerak. Masing-masing sibuk memikirkan sesuatu- ada..lah sesuatu tu, tak boleh nak bagitahu.
"Sekejap, kita nak try call Ufairah.." Fatin berkata dengan suara yang perlahan.
Fatin mengambil telefon pintarnya yang disimpan di dalam beg sandang. Dia menghidupkan telefon tersebut dan mencari nombor telefon Anis untuk didail.
Sementara itu, "Belle, rumah awak atas bukit eh?" tanya Husna.
Bellerina mengangguk sekali. Husna kemudian memberikan suatu senyuman khas buat Bellerina. Akhirnya, Bellerina tersenyum jua. Dia tak boleh nak resist senyuman Husna dengan tudung bulatnya itu.
Mata Bellerina kembali berair. Fikirnya, dia tidak pernah rasa menyesal kawan dan stay kawan dengan mereka dan juga Anis. Atau lebih tepat lagi, Anis yang menyatukan mereka semua since Anis dan Bellerina sudah berkawan sedikit lama berbanding mereka yang lain. Kalau tidak, Bellerina takkan senang-senang rapat dengan mereka even orang lain seperti ini.
Yea, Belle actually bukanlah jenis orang yang wherever she goes, kawan keliling pinggang. Dia..let's say she's not that friendly but she is kind.
"Hish..kenapa nih?? No service?!"
Mereka yang berbual terus terdiam apabila mendengar Fatin sedang merungut sendirian. Jarang mereka nampak kawan mereka yang seorang ini bertindak sebegitu. "Kenapa, Fatin?"
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...