Dayang Nurhaftah >> Azira Shafinaz
- Dayang = generation's name.
- Nurhaftah = cahaya yang dipelihara/dilindungiActually nama Dayang ni memang nama generations/keturunan..kawan author cakap asal dia macam dekat negara Brunei. Tapi kalau maksud kasar dia dayang bermaksud ; gelaran jawatan teman atau pelayan di istana yang membantu menghiburkan atau menemani Puteri Raja. Tak tahulah pulak kalau dalam kamus dewan ada banyak maksud cuz' dis is what Google says.
Apapun plz enjoy this chap walaupun maybe tak seberapa and pendeks ✨
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Morning, sleepyheads.." Fatin berkata sambil membetulkan kuantiti gas/api yang dipasang baru sahaja tadi.
Mereka yang lain telah sedia duduk di meja makan dengan muka memasing baru lepas bangun tidur but of course lah dah mandi.
"Arrhh..sorry saya lambat.." Bellerina berkata dengan nada riangnya.
Fatin memandang sekilas dan tersenyum sahaja.
Selesai sesi memasak sarapan pagi itu, Fatin membawa pinggan yang telah diletakkan di atasnya tujuh omellete. Pinggan-pinggan untuk makan pula sudahpun tersedia letak di atas meja tersebut.
Fatin yang baru nak duduk terus mengerutkan dahi. "Mana Jihah?" Terlihat jumlah rakan-rakannya yang tidak cukup itu, buat duduknya tidak senang.
Husna yang sedang mencapai omellete tersebut di tepi Fatin lantas menuding jarinya ke atas. Maksudnya, Jihah berada di tingkat atas, mungkin masih di dalam biliknya.
"Ok..korang makanlah dulu. Kita panggil dia." Mereka yang lain menganggukkan sahaja kepala. Fatin pun bergerak menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Setelah membuat analisis mana satukah bilik Jihah, Fatin terus ke posisi mengetuk pintu.
Tukk..tuukk.
Lama juga Fatin menunggu pintu itu terbuka tetapi sampai rambut dia beruban pun tah-tah pintu ni takkan terbuka. Jadinya, dia membuat keputusan untuk cuba memulas tombol pintu tersebut.
Kreekk..
Pintu itu dibuka luas. Fatin menarik nafas lega. Dia melihat Jihah masih ditutupi dengan selimut di atas katil. Badannya terbaring secara mengiring. Belakang tubuhnya menghadap Fatin yang kini berdiri di hadapan pintu yang terbuka itu.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...