♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
Pheeewww~
Angin yang bertiup membuatkan belakang tudung hitam Anis terangkat sedikit. Anis cepat-cepat menahan tudungnya dan membetulkan kembali kedudukan tudung hitam yang dipakai.
"Aishh..pehal jalan ni sunyi benar.." monolog Anis. Dia merenung jalan tar yang kelihatan keringnya lain macam.
Mungkin sebab dah lama sangat tidak hujan.
Teringat lagi dia..apabila satu Malaysia kecoh sebab satu tahun itu missed musim tengkujuh pada bulan 11 and 12. It's creepy, tapi makin lama, rakyat Malaysia hanya redha dengan apa yang berlaku dan bakal berlaku.
Begitu jugalah dengan Anis.
Yang paling dia takleh bla ialah dia sudah penat study dan ini akhirnya..?
Ish, ish, memang tak patut lah kan? Tetapi, takdir ialah takdir and fate is fate.
Anis mengangkat kepalanya dan memperlahankan kelajuan jalannya apabila dia hanya beberapa kaki jarak dari rumah jirannya itu.
"Rumah besar..duduknya..seorang, dua orang jaaa.." keluh Anis.
"Assalamualaikum (May Peace be Upon you)..! Cik Siah..Cik Siahh.." perlahan sahaja suara dia.
Terlintas juga dalam fikirannya, ada ke orang nak menjawab salamnya di tengah krisis macam ini, lelagi kalau makhluk pemakan manusia; zombies itu tertarik dengan 'bunyi'.
Kalau betul ada zombies di kawasan dia berdiri itu macam mana..?
Anis ternampak curtains yang menutupi tingkap rumah dari dalam itu dibuka dengan sengaja bukan macam ditiup angin gitu. Tidak lama selepas itu, Cik Siah yang bertudung sarung berwarna ungu terang pun muncul dekat tingkap tersebut.
Cik Siah membuat isyarat kepada Anis supaya memanjat pagar or dinding rumahnya dan masuk ke dalam. Well, Anis tak tunggu lama, hanya menuruti kata-kata orang yang lebih tua daripada dirinya.
Kes Izyan itu..ehhem lain cerita ya~
"Urhh.." Anis mendarat di dalam kawasan perkarangan rumah Cik Siah. Maaf, dia takdelah buat aksi heroine mendarat dengan penuh gayanya. Anis hanyalah manusia biasa. Lol.
Dia berjalan dengan teliti + berhati-hatinya straight ke hadapan pintu rumah Cik Siah. Tanpa disedarinya, pintu itu terbuka dan kelibat Cik Siah melambai ke arahnya kelihatan. Anis mempercepatkan langkahnya dan terus masuk ke dalam rumah tersebut.
"Acikk..syukur saya acik ok.." senyuman dan rasa lega Anis langsung tidak boleh disembunyikan. Cik Siah hanya membalas senyuman Anis dengan senyuman seikhlasnya itu.
Anis dipelawa masuk ke dalam ruang tamu rumahnya dan dipersilakan duduk di atas sofa. Yang si Anis ini sedari tadi turuti sahaja kehendak Cik Siah merangkap jiran rapatnya.
"Apa hajat kamu ke mari nih? Anis nak minum apa-apa ke..?" Cik Siah bertanya sambil berjalan ke arah dapur yang dekat sahaja dengan ruang tamu itu.
"Urr..actually..kat rumah saya dah kehabisan makanan or lauk, teknikalnya. Kalau cik ada lauk lebih, saya nak. And..tak kisah lah minum apa pun.." Cik Siah mengangguk faham dan berlalu ke dapur.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...