Encounter 71

366 53 5
                                    

Gif di atas ialah Kim Yoo Jung iaitu cast kepada Hanisah Durrani~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gif di atas ialah Kim Yoo Jung iaitu cast kepada Hanisah Durrani~

Okay saje nak remind yang ianya has been a week since the outbreak. I'm just reminding it for myself..lol.

And Happy 3K Readers!! I'm so happppyyyy ^^


Edited ver: Happy 8K Readers!! And yeaa take care gaiss! The outbreak is not ever yet ^^

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"I'm missing her already.." keluh Fatin sambil menyumbat makanan yang telah diletakkan di atas sudunya ke dalam mulutnya. Dengan rasa tiada seleranya, dipaksa juga kunyah dah telan. Siapa yang paksa dia?

"Makanlah Fatin~ Nanti lapar.." Bellerina menegurnya yang baru dua suap makan manakala orang lain sudah separuh pinggan licin.

"Tah awak nih.. asal?" Hanisah bertanya, dengar macam nak cari gaduh. Husna di sebelahnya hanya memandang dan sesekali meneguk air masak suam yang diambil untuk basahkan tekaknya yang akhir-akhir ini seringkali berasa kering dan sakit.

"Eh?" Husna melihat ke dalam ruang cawannya.. sudah kosong. Patutlah apabila diteguk, setitis air pun tidak dirasanya pada lidah mahupun tekaknya. "Kita gi ambik air jap.."

"Jap.. Husna.. ambikkan untuk kita sekali boleh?" Rabiyatul yang makan di belakang meja group Fatin bertanya. Husna mengangguk sekali dan tersenyum ke arah Rabiyatul, cawannya diambil. Sempat juga dia terdengar Jihah yang mengamuk.

"Awakk, kalau tak makan... kita yang makan awak~!" kata Jihah dengan suara acah garang. Sudu yang sudah licin dihempaskannya ke atas pinggan polisterin yang juga telah licin itu.

"Yelah..yelah.." tapi hakikatnya direnung dan nasi tu dipermainkan oleh insan yang bernama Fatin yini..

Husna dari jauh menggelengkan kepalanya dan tertawa kecil. Langkahnya diatur ke arah tempat ambil air yang tidak terletak jauh daripada bufet yang tak seberapa mewah terhidang. Tak sampai beberapa kaki ke tempat ambil air itu, matanya terperasan something or lebih tepat lagi someone familiar.

Husna berjalan ke arah sekumpulan lelaki yang hanya belakang tubuhnya nampak disebabkan masing-masing fokus sungguh dalam mencedok makanan dan meletakkannya ke atas pinggan polisterin yang dipegang kemas oleh tangan memasing.

"Assalamualaikum (peace be upon to you)."

"Waalaikumussalam (And may peace be upon to you too).." jawab mereka serentak kecuali Zahran dan Mark. Zahran, sebab dia fikir orang lain bagi salam kepada orang lain, Mark pula..alah obvious kan.. haduh.

"Eh.. ehhem, Husna.." terdengar nama Husna baru Zahran dan Mark berpaling ke belakang sebab ianya someone yang mereka kenal, obviously, pt.2.

"Baru nampak batang hidung.." kata Husna acuh-tak-acuh. Sebenarnya dia tegur mereka sekumpulan lelaki ni pun nak-tak-nak je, tapi memandangkan dia rasa macam dah lama sangat tak nampak mereka.. itu yang pergi juga dekat. Lama sangat ke? Baru sehari rasanya.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now