Yass, I'm a fan of K-On! And tak sabar tunggu season baru diorang. Though, that song takdek kena mengena langsung dengan chapter ni cumanya I enjoy it masa tengah write this chap and edited it, and at some part of the song fit in some part in this chapter. Teatime is for waktu petang though, but in K-On, I think their everytime for club times, is teatime. Therefore, in this chapter be like.. still waktu pagi.
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Ufairah!" sergah Izyan dari belakang secara tiba-tiba membuatkan Anis yang tengah berlari itu hampir nak termelatah disebabkan terkejut.
"I--have a plan!" kata Izyan yang tercungap dalam larian tersebut. Matanya sekejap memandang ke bawah untuk memastikan dia tidak tersadung apa-apa objek di atas tanah itu.
"Apa--nya~?" teriak Anis membalas kata-kata Izyan.
"You--and them..go left! I--go right!! When I--am trapped--you'll come and ambush that--thing!"
"Trapped??!" Anis mengerutkan dahinya sambil cuba membuat eye-contact bersama Izyan di sebelah.
"Now!!" secara automatik, kakinya bertukar arah iaitu menuju ke sebelah kiri hutan tersebut.
"Sini!! Korang sini!" jerit Anis tetapi tidak begitu kuat since mereka sekarang dalam bilangan yang sikit. Mereka yang lain jangan cakaplah, bayang pun dah tak nampak.
Dia sempat menoleh ke belakang dan melihat Izyan sedang bertindak sebiji dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Babi hutan itu pula macam memang mensasarkan Izyan sejak kali pertama lagi mereka bertemu. Ceyh ayat.
Izyan berlari dan lari sehingga dia rasa macam lututnya nak tercabut dan pada ketika itulah juga, hatinya tiba-tiba berasa seperti dia akan jatuh pada bila-bila masa sahaja.. which is not a good thing untuk fikirkan pada saat begini.
Sempat dia menoleh sekilas ke belakang untuk melihat sama ada binatang itu semakin hampir dengannya atau tidak, mengendahkan rasa hatinya. Yelah kan, orang kata ikut hati, mati.
Tak sampai 3 saat selepas dia menoleh ke belakang dan memandang ke hadapan semula, dia menoleh ke belakang buat kali kedua. Anak matanya membulat apabila ternampak binatang itu cuma 10 meter sahaja di belakangnya malah semakin menghampiri dirinya. Terasa degupan jantungnya yang semakin laju jelas di pendengarannya.
Sewaktu dia hendak memandang ke hadapan kembali, secara tak sengaja kakinya tersadung salah satu akar/ranting pokok di atas jalan tersebut lalu dia jatuh menyembam bumi. Inilah jadinya apabila kita hilang fokus.
"No..no..no.." Izyan pantas berdiri mengendahkan rasa sakit akibat jatuh dan melihat ke belakang. Babi hutan yang mengejar mereka dari tadi kini berada beberapa kaki sahaja di hadapannya. Anak matanya membulat.
Kaki Izyan mengundur ke belakang dengan penuh dramatiknya. Jantungnya pula berdegup kencang, adrenalin mula mengalir dalam tubuhnya. Hatinya berkali-kali mengulang ayat 'don't panic, don't get panic.'..tapi tipulah kalau tiada siapa panik dalam situasi nih kecuali kau memang cool gila.
Dia berpusing ke hadapan dan membuka langkah untuk berlari tetapi baru beberapa saat dia berlari, dia jatuh buat kali kedua. Kalini bukan sebab benda macam ranting or akar pokok, tetapi disebabkan diri dia sendiri. Dia mulai panik yang mengakibatkan seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan dan dia hilang imbangan.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...