Encounter 80

327 49 0
                                    


♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️

Ddung! Dung! Psst..pss..psst.

Anis terus bangkit dan berada pada posisi duduk. Matanya memandang sekeliling bilik kemudian mendarat pada pintu bilik yang dia somehow rasa ianya berkunci. Well, dia tak pernah try buka dan jika dia try entah apa yang tunggunya di sebelah sana dia tidak tahu. Apa yang dia pasti ada salah satu ruang dalam makmal itu dikurungnya satu zombie yang berpakaian seperti doktor.

Jika zombie itu terlepas atau dilepaskan, atau teruk lagi, jika pada masa yang sama dia buka pintu biliknya, tak ke macam dia aniaya diri sendiri? Pft.

Krrrushh.. Dung!

"What?" hati Anis entah kenapa berasa berdebar semacam tatkala mendengar macam-macam bunyi di makmal yang terletak di sebalik pintu biliknya itu.

"Jangan-jangan.." mindanya menjerit berkata jangan mula berfikiran negatif manakala hatinya sudah menjerit suruh buka pintu tersebut cepat sebelum terlambat.

Terlambat?

Anis pantas berlari anak ke pintu bilik itu dan belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, telinganya menangkap bunyi seperti orang mengunci pintu tersebut dari luar. Apa lagi, terbuntang matanya dan cepat-cepat dia cuba membuka pintu itu.

Dan dia dapati berkunci. Jam tangannya dilihat dan jam baru menunjukkan nak masuk pukul 10 malam. Dia cuba membuka lagi pintu itu, tak cukup dengan itu dia mengetuk-ngetuk pintu itu pula. "Hello?" diketuknya lagi kuat pintu itu apabila dia langsung tidak dapat tangkap apa-apa bunyi seperti tadi.

"Ohmaigad.." dia harap sangat apa yang difikirkannya itu tidak benar-benar terjadi.

Dia mengundur ke belakang dan matanya memandang sekeliling. Pandangannya mendarat pada lubang udara yang dibukanya pagi buta tadi  lalu dia terus berlari ke arahnya. Selepas itu, apa yang dia dapat hanyalah serangan sakit jantung, eh ceyh, jantungnya bagai berhenti berdegup tatkala dia melihat ruang udara itu ditutupi dengan satu papan yang tampak seperti diperbuat daripada plastik.

"A-Are they gonna kill me or what?" jantungnya berdegup lagi kencang apabila dia tidak dapat jumpa benda atau apa-apa yang sesuai untuk membuka lubang udara yang ditutupi papan tersebut.

Dia cuba menarik papan itu tetapi ternyata tidak boleh kerana tiada sikit pun ruang yang ditinggalkan untuk jarinya yang comel masuk dan at least dapat tarik papan itu keluar dari tempatnya. Apabila dicubanya lagi walaupun dia tahu tidak akan berhasil, terus ditumbuknya papan itu kuat..kemudian dia mengeluh sakit. So, betullah sangkaannya, papan itu diperbuat daripada plastik.

Plastik yang unbreakable or hard to break tu.

Dia berdiri dan menendang papan itu dan of course, tiada apa jadi melainkan kakinya yang sakit sedikit. Dinding di hadapannya yang tidak bersalah itu, ditumbuk kuat oleh Anis.

"Fvck you, Nick." dia tidak tahulah berapa umur Nick, janji Nick tiada sekarang dan dia dapat maki orang yang dia sangat pasti, menutupi lubang udara ini.

⚠️⚠️⚠️

"We have to clear the route first," kata jeneral kepada beberapa orang menteri yang berada dalam satu kenderaan dengannya.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now