Muhammad Daffa Dzulkifli >> Park Bo-Gum
Muhammad = yang terpuji, yang dirahmati
Daffa = pembela
Dzulkifli = yang punca kesanggupan♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"So..korang akan bawa kitorang ke..tempat selamat..,? Kat mana tuh? Kenapa takdek apa-apa pengumuman pun..?" tanya Fatin, perlahan sahaja suaranya.
Askar lelaki yang bernama Az'am itupun mengangkat wajahnya. Dia menyimpulkan suatu senyuman misteri. "Jauh jugalah. Dekat dengan..Melaka. Tapi, sebelum tu..kita kena singgah juga beberapa buah rumah selamat dekat-dekat sini.. Tak banyak yang ada kat Johor sebab Johor memang sudah terjejas sepenuhnya. That's why, tiada pengumuman yang dapat dibuat melalui medium-medium komunikasi like radio atau televisyen. Also, that's why kami di sini." dia membalas panjang lebar dengan penuh bangga dan riaknya. Eh ceyh.
"Di sini..?" Hanisah mengulang semula perkataan terakhir Az'am, acuh tak acuh je dia.
Az'am hanya menganggukkan kepalanya. "Untuk cari..survivors."
"Survivors??" Jihah pula bertanya dengan matanya dibesarkan. Rasa janggal gamaknya menggunakan istilah itu dalam dunia nyata sekarang ini.
Again, Az'am terangguk-angguk. Dia berasa sedikit hairan dengan mereka tatkala itu. Yelah..orang dah nak selamatkan pun still macam was-was pula.
"Dah ramai ke..survivors.. yang korang..er.. jumpa..? " Fatin bertanya lagi.
Az'am pantas menggelengkan kepalanya. "Korang adalah yang pertama, yang kitorang jumpa..di awal pagi nih, for today." kata Az'am sambil melihat jam di pergelangan tangannya. Jarum jam baru nak dekat dengan pukul 6.35 pagi.
"Oh, kita dah sampai!" Az'am berkata dengan riak wajahnya yang menampakkan dia teruja/excited.
Dia kemudiannya menyuruh mereka bertiga; Fatin, Hanisah dan Jihah turun daripada lori tentera tersebut. Mereka bertiga mendarat-safely obviously- di atas jalan raya dan di hadapan mereka kini adalah satu rumah banglo mewah yang besar- dah nama pun banglo kan. Mereka tidak dapat pula cam itu rumah di mana atau rumah siapa kerana rupa banglo ini macam bukan milik banglo orang kaya yang bebiasa. Ecewah.
Fatin memandang Az'am dengan suatu pandangan misteri. Dia melihat Az'am sedang memerhati perimeter; sekeliling rumah itu untuk memastikan tiada apa yang pelik yang berada hampir atau di pandangan mereka semua.
"Clear!" jelas Az'am di suatu alat komunikasi yang tertampal di atas bahu kanannya.
"Okay. Let's be honest. Korang..takdek apa cedera kan?" Az'am bertanya kepada mereka bertiga. Apa lagi, diorang pantas menggelengkan kepala. Az'am menaikkan ibu jarinya sahaja melihat jawapan itu.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...