Encounter 4

1K 114 6
                                    

Imani Jihah >> Wawa Zainal

- Imani = kepercayaanku
- Jihah = cahaya kebenaran

- Imani = kepercayaanku- Jihah = cahaya kebenaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"Ohh...sheet." Fatin terpaku di atas lantai yang dijejakinya tatkala ini. Jantungnya mula berdegup 2 kali lebih laju.

Matanya sudah berair dek rasa ketakutan itu. Tak pernah lagi dia di dalam situasi macam ini sepanjang hampir 17 tahun dia hidup.

"Grrrr..wwrr-woof!" terdapat seekor anjing yang sedang menanti pergerakan Fatin. Anjing itu kelihatan agresif walaupun terdapat kolar dilehernya menunjukkan anjing itu actually ialah haiwan peliharaan seseorang.

Fatin menelan air liurnya dan kembali ke realiti setelah berfikir lalu akalnya berjaya mencetuskan suatu idea. Dia mengambil selipar adiknya dan membaling kuat ke arah kanannya melepasi dua dinding buah rumah.

Sekelip mata sahaja, anjing itu hilang.

Fatin pun melepaskan nafas lega. Dia terus berlari ke pintu pagar rumahnya dan keluar dari rumah itu. Kemudian, dia menguncinya dengan panatas untuk elak bertembung dengan anjing tadi lagi.

Anjing itu kembali ke tempat asalnya tadi iaitu di dalam kawasan perkarangan rumah Fatin dengan selipar di mulut. Kelihatan anjing tersebut meletakkan semula selipar itu ke atas tanah dan berpaling melihat kereta yang sedang dihidupkan enjin keretanya.

Dengan itu, "Woooff!! W-woof! Ggrr..woof-woof-woof!! " anjing itu menyalak tanpa henti.

"Jalan..jalan..sebelum bunyi anjing tu buat zom-"

Vroomm! Alya memecut meninggalkan rumah Fatin.

"Ffuhh.." Fatin mengelap peluh yang jatuh menuruni dahi ke pipinya.

Dia memandang ke belakang dan nampak rakan-rakannya memberikan riak muka yang cuak; sama dengannya.

"Relax korang.." Fatin berkata. Yang lain hanya menelan air liur dan menganggukkan kepala beberapa kali. Mata memasing takleh nak kerdip. Mungkin juga, ada yang baru perasan mereka sedang menahan nafas kerana cuak sangat.

Setelah berada cukup jauh dari kawasan rumah Fatin, Alya melihat cermin pandang belakang kereta dan ternampak beberapa zombies sedang merempuh pagar rumah Fatin.

Dia berasa bersyukur sebab mereka tidak membuang masa tadi.

Kereta pun dipandu ke arah bandar untuk pergi ke rumah Izzah pula.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now