Encounter 17

562 83 16
                                    

Gif di atas ialah cast kepada Bellerina >> Ni Ni sad face.

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

Kedduukk.. Keduuk.

"Huhh.." Alya terus terjaga daripada tidur tak seberapa lenanya. Dia mengangkat kepalanya dari stereng kereta tersebut dan mengelipkan matanya buat beberapa kali.

"Grrr..."

Bukk.

Prrangg!!

"Arghh!!"

Alya pantas menghidupkan enjin kereta dan memecut laju, melanggar semua makhluk pemakan manusia yang berkerumun di keliling kereta mereka. Dia ternampak makhluk-makhluk itu sedang mengejar keretanya tetapi banyak yang tersadung dan jatuh. Maka, kereta yang dipandu pun semakin jauh meninggalkan mereka semua.

It's hopeless for the zombies.

"Huhhh.. Apa jadi??" Fatin yang baru tersedar daripada tidur yang tak sampai 6 jam itu bertanya sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua tangan yang telah diregangkan.

"T-tadi..zombie tu--" terus Alya mendiamkan diri dek dirinya tergagap dan menggigil ketakutan, so dia rasa macam useless nak bercakap. Dia langsung tidak dapat mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk menyambung ayat itu. Mindanya bercelaru.

Jadinya, dia hanya fokus memandu kereta itu.

Fatin yang walaupun baru bangun tidur, faham akan keadaan yang baru dialami oleh Alya yang still membisu itu. Dia berpaling pula ke belakang untuk melihat rakan-rakannya yang lain dan dia ternampak Husna sedang memegang lehernya.

Berkerut dahi Fatin dibuatnya.

Jelas nampak bahawa Husna sedang menangis tetapi tidak keluar bunyi tangisannya. Air mata Husna mengalir jatuh dari tubir mata satu per satu. Ketakutan yang sedang menyelami tubuhnya itu hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya.

Fatin kembali memandang hadapan. Dia berasa bersalah kerana tidur mati dan tidak menyedari apa yang berlaku pada minit yang lalu.

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk join menyepikan keadaan yang tersedia sepi ini. Bukan apa..dia tahu kawan-kawannya mungkin mahu bersendirian, begitu juga dengan minda+otaknya. Hanya mahu bersendirian.


Fatin pun membuang fikirannya dengan melihat ke luar tingkap kereta tersebut. Kosong sahaja jalan yang dilalui. Satu binatang langsung tidak nampak. Haiwan pun tak kelihatan apatah lagi manusia yang sihat walafiat..?

10 minit kemudian,

Breekk. Handbrake ditarik ke atas dan kereta itu berhenti sepenuhnya. Enjin kereta juga dimatikan.

Alya menarik keluar kunci kereta itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar track-suit yang dipakai. Sebelum dia membuka pintu, sempat dia memandang ke arah fuel-meter yang menunjukkan lagi sedikit sahaja tanda minyak yang hampir ke huruf F.

Ttup. Alya berdiri dan menyandarkan dirinya di kereta tersebut. Dia masih tidak mampu bersuara apa-apa dan cuba memproses semula apa yang sedang berlaku sepanjang tempoh hari krisis ini berlaku.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now