Love is in the air pt.2
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
DAY 22
"Huhh..tak faham kita kenapa dia kene agihkan kerja macam nih.." Hanisah merungut perlahan sambil memasukkan poket tisu ke dalam poket seluar yang dipakainya.
Jihah tersenyum nipis dan meletakkan satu tangan ke atas bahu Hanisah. "Hanisah.. awak kena faham, kita duduk sini pun.. takkanlah free semata.. cuba tengok sekeliling awak.." mata Jihah beralih kepada semua orang sama ada yang awam; survivors atau yang beruniform tentera yang sedang bermundar-mandir pada awal pagi ini. Hanisah yang melihat mata Jihah itu beralih untuk melihat pandangan yang sama.
"Semua orang.. pun buat bahagian masing-masing jugak. In other terms: kita semua buat yang terbaik untuk survive hari-hari nih.." pipi Hanisah terasa seperti ditampar secara halimunan dan hatinya crack sedikit bagi menyedarkan mindanya tentang realiti apa yang dia sedang hidup dalam sekarang. Wajahnya dijatuhkan ke bawah, kedua-dua boots yang disarung menutupi kakinya direnung dengan pelbagai persoalan dalam mindanya.
"Anyways, kerja dekat dewan makan pun kool jugak! At least dapat snacks free!!" jerit Jihah riang. Kedua-dua matanya seperti bersinar-sinar tatkala dia melihat atas memandang matahari yang baru nak timbul menunjukkan hari telah siang.
Hanisah mendengus perlahan lalu memandang muka Jihah. Kedua-dua tangannya diangkat dan dibawa tepat memegang erat kedua-dua lengan Jihah. "HARH!! Kerja dekat dewan makan boleh citelahh! Kita farming! Farm! Bawah Matahari!! Jihah!" rungutnya lagi tanpa dia sedar sambil menggegarkan tubuh rakannya itu. Jihah hanya ketawa besar sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Huh.. sorang-sorang pulak tu.." Hanisah pun give up dan menjatuhkan kedua-dua tangannya. Kembali kepada renungan penuh bicara setakat dalam minda pada kedua-dua boots-nya.
"Sokay, Hanisah! Kita akan simpankan snacks untuk awak kalau ada! Hanisah fighting! Kita masuk dulu~" terdengar bunyi tapak kaki Jihah yang semakin menjauh barulah Hanisah mengangkat wajahnya.
"Yow~ Nadia! Good morning~!" Hanisah menyepetkan matanya. Pagi-pagi lagi dah ceria semacam.
'Untunglah..' kata hati Hanisah dengan malasnya. Jihah, Nadia dan Rabiyatul satu tempat kerja. Hanya dia seorang yang somehow dikenakan pada bahagian farming. Dayang dengan Bellerina pula entah dia tidak tahu.. manakala Fatin dan Anis yang dia tahu, terpilih untuk sertai entah program apa dalam main base di bangunan lain.
Kebanyakan yang menerima bahagian untuk bekerja semuanya seusia dengan mereka. Mungkin ada yang 20-an dan ke atas.. tetapi kebanyakannya tampak 40-an ke bawah, terutamanya yang bekerja membersihkan tempat. Mungkin juga kerana yang survive tidak ramai dalam golongan 40-an dan ke atas, fikir Hanisah.
Tanpa dia sedar, dia sudahpun terpacak di hadapan satu pagar kayu paras pinggangnya yang masih tertutup, berkunci. Di dalam bahagian sekeliling pagar itu terdapat beberapa batas yang panjang dan ada juga batas yang kecil serta pendek. Kebanyakan batas tersebut terdapat banyak rumput yang tumbuh di sekeliling dan di atas batas itu. Again, Hanisah menyepetkan matanya. Mindanya dah boleh agak apa tugas pertama mereka yang ditugaskan ke sini nanti.
"Assalamualaikum~ (peace be upon to you)." kepala Hanisah berpaling ke tepi iaitu arah punca suara yang dia dengar-tak-dengar je tadi sebab terlalu asyik melayan fikirannya.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...