TAHU TAK BETAPA SUSAHNYA NAK CARI GIF ARTIS MALAYSIA..HMMM. PLUS APSAL ADA BANYAK SANGAT RUMOR AND GOSSIP PASAL DIANA DANIELLE THO. HAIHH. MEMANG KERJA AKU NAK MERUNGUT AND GET STRESSED JEK.
GAMBAR DI ATAS IALAH CAST KEPADA ALYA SURAIYAH IAITU DIANA DANIELLE.
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Ehhem..cik? Err..dik? Bangun..kita dah sampai.." Alya mengerutkan dahinya buat beberapa saat sebelum dirinya menjadi separa sedar. Dia juga terasa seperti ada orang mencucuk-cucuk bahunya. Selepas cucukan itu berhenti, dia terdengar pula bunyi orang buka dan tutup pintu kenderaan.
Alya lantas membuka kedua-dua matanya. Kerutan pada dahinya masih tidak hilang.
Dia berada sedikit pelik, sejak dia titiskan air mata dua kali tadi, pening kepalanya semakin menjadi-jadi. Dirinya juga terasa lain.. just lain.
Sewaktu Alya meraup mukanya, dia dapat merasakan seperti ada benda sedang menyengat-nyegat kakinya. Sakitnya jangan ceritalah. Terus Alya teringat akan sesuatu. Kakinya dipegang di bahagian kaki yang terasa sakit itu. "Argh...sss.." dia menyelak sedikit kaki seluarnya. Matanya membulat dan mulutnya ternganga. Hatinya mula berdebar tak tentu fasal.
Takut. Dia cepat-cepat menurunkan kembali seluarnya dan keluar dari kenderaan tersebut.
Dia memandang ke hadapan dan terasa deruan angin malam menyapa tubuhnya.
Di hadapannya, kelihatan sebuah stadium yang berdiri megah cuma nampak gelap mungkin kerana keadaan malam dan awannya menutupi cahaya bulan.
Alya cuba bertindak normal macam tiada apa yang berlaku dan meng-scan pemandangan di sekelilingnya. Ternampak lori-lori askar yang lain terparkir di suatu tempat manakala pintu masuk stadium ini terdapat beberapa orang askar yang menahan pendatang-pendatang baharu yang baru tiba di situ. Nampak seperti askar-askar itu sedang mengecek--
"Alya.." tangan Alya tetiba dikepit oleh insan yang bernama Dayang. Bellerina berdiri di sebelah Dayang dengan lengan bajunya ada sedikit terkoyak menampakkan kulit putihnya. Tak cukup dengan itu, rambutnya juga dalam keadaan messy.
Alya mengendahkan Dayang dan merenung askar-askar yang sedang scan body setiap pendatang baharu yang ingin atau lebih tepat lagi perlu masuk ke dalam stadium itu. Selepas seluruh anggota badan mereka di-scan atas-bawah, mereka harus melalui satu alat khas seperti pintu yang tidak mempunyai daunnya. Alat itu mengeluarkan suatu asap yang Alya sendiri tak boleh nak teka apa fungsi asap tu. Serasanya dia cuma pernah tengok bendalah itu dalam movies.
"Sila ikut saya." askar yang merupakan pemandu kenderaan mereka bertiga tadi tetiba muncul di hadapan mereka dan menyuruh mereka berjalan mengikutinya.
Jantung Alya berdegup laju semula. Dia tahu apa tujuan body scan itu dijalankan..dan..dia.. Dia tak nak sesiapa pun-kalau boleh- tahu apa--
"Apa diorang tengah buat tu?" Dayang bertanya dengan suara yang terketar-ketar. Mungkin masih lagi trauma dengan kejadian kejar-mengejar tadi. Tak termasuk lagi dengan segala muka-muka ngeri yang dia dah nampak buat beberapa harini.
"Oohh..itu just prosedur yang kami kena jalankan sebelum menerima survivors di stadium nih."
"Apa..fungsi scanning tu??" tanya Dayang lagi. Matanya tidak lepas daripada memandang cahaya pengimbas suhu yang diimbas pada setiap dahi orang yang baru sampai dan beratur untuk memasuki stadium itu. Yang paling dia tak boleh brain dan malas nak brain, boleh tahan ramai juga yang 'survive' outbreak ini.
"Oohh..tu untuk mengesan kalau-kalau--"
"Tolong jangan apa-apakan anak sayaa..dia masih kecil!" jerit seorang ibu yang cuba mempertahankan anak perempuannya daripada ditarik or to be exact dirampas oleh askar-askar di situ.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...